Wednesday, June 8, 2016

Ramadan 2


Salam , Alhamdulillah menu untuk hari kedua nie rajin skit dengan, cheese cake lagi. ha ha ha...
Actually cheese cake nie antara menu yang tertangguh, biskut crust to dah siap 2 tiga hari lepas before puasa lagi. Ini kes sibuk ke sana kesini yang buat tak sempat. Cheese tu dah berapa kali keluar masuk peti ais, yalah nak pastikan on room temperature baru bole buat,  end up masuk peti ais , bila tak sempat nak buat. So dapat jugaklah akhirnya cheesecake ku nie di har i kedua puasa. Suka sangat buat guna acuan kecil, so cepat habis coz looks in small portian ajer.  Untuk sampingan ku goreng kuey teow untuk mereka-mereka yang tak ambil nasi. Lauknya pula  sekadar gulai ayam dan goreng buncis sahaja.





Resepi Gulai Ayam

1/2 ekor ayam yang telah dibersihkan-potong ikut kesesuaian
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci kunyit hidup.
2 batang serai yang di potong-potong
* Blend keseluruhan yang bertanda *

Santan cair 1 cawan
Santan pekat 1 cawan
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Tumis bahan yang di kisar dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukan ayam dan di gaul-gaul untuk serasikan bahan kisar bersama ayam.
Masukkan santan cair dan kacau sehinga menggelegak
Masukan santan pekat apabila, ayam hampir masak.
Perisakan bersama garam dan angkat apabila ayam dah masak.


No comments:

Post a Comment