Friday, March 20, 2015

Shepherd Pie




Resepinye diambil dari mamasya fotopages.. so disalin semula sebagai rujukan. Resepi sheperd nie merupakan resepi yang memang menepati citarasa kami sekeluarga. Bahkan selalu digunakan apabila ada event makan-makan kat opis. Ianya tidaklah mengecewakan, bahkan dikongsi dengan kawan-kawan opis lagi akan resepi nie. Selalunyer akan di hidangkan terus melalui loyang caserole. Untuk kelainan diletakkan dalam mini tray so anak-anak senang makan while watching tv. terima kasih pada empunya resepi .. minta izin utk menyalin semula...


Shepherd Pie: (ditulis semula)

Mashed Potato 8 biji kentang- rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur di pukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil lada sulah.
Garam

Cara
Kentang direbus sehingga empuk, angkat dan lenyek hingga hancur
panaskan butter, susu, garam dan lada sulah. Biarkan hingga butter cair dan tutup api.
Masukkan adunan butter dan telur kedalam kentang lenyek. Kacau hingga sebati.- Masukkan sedikit demi sedikit adunan butter kedalam  kentang agar adunan tidak terlalu lembik.


Bahan-Bahan Inti

400 gram daging cincang
3 biji bawang besar-dadu
2 biji batang karot-potong dadu
2 biji tomato -potong dadu
2 sudu besar sos tomato/curry powder
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Gram
Minyak
Mix Veg-jika suka
i biji kuning telur untuk sapuan

Cara-Cara
Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu
Kemudian masukkan karot dan daging, goreng sehingga daging masak
masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. kacau rata, goreng higga daging empuk.
Masukkan garam, kacau sebati
Masukkan tepung gandum, kacau sebati
Tutup api dan ketepikan.


Penyedian Sheperd Pie

Sediakan loyang, masukkan kentang lenyek di bahagian dasar, dan di tepi bekas,
Masukkan bahan-bahan inti dan ratakan.
Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek diatas inti dan ratakan. Tekan-tekan sedikit supaya melekat dengan inti.
Gariskan diatasnya dengan menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya
Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 min atau sehingga kekuningan.

Roti Kacang Merah


Ini adalah antara roti fav anak-anak, roti kacang merah. Masih menggunakan resepi yang asal sebelum nie. Roti nie ternyata sedap dan gebus.. Resepinya adalah seperti di bawah... cuma bezanya diletakkan almond sebelum membakar, untuk memberi kelainan rasa. Untuk aduanan ini aima menggunakan 1/2 adunan sahaja dari resepi asal.

Doh Asas Roti dan Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
4 sudu besar susu tepung@skim milk
5 sudu besar gula + 1 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar butter@marjerin
240ml susu suam@air suam
8gram kecil yis
4 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, buat redbeans stolen buns, roti bintang dan roti marble, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Masa pembakaran bergantung pada saiz bun dan roti.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.






Ikan Patin Tempoyak

Ikan Patin masak tempoyak nie memang kegemaran anak-anakku. Sememangnya ia adalah pilihan ikan sungai yang amat sesuai untuk di masak tempoyak. Kebetulan ahad lepas ke pasar basah di Kg Melayu Subang dan daku terus memesan kat mr hubby untuk membeli ikan patin, Selain itu di borong jugak telur ikan dan ikan keli. 
Untuk memasak ikan patin nie sebenarnya ada banyak versi. Tapi untuk kali ini daku menggoogle kak azie kitchen dan berminat untuk mencubanya, memandangkan ada kelainan sedikit dalam resepinya yang tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih. Bahannya pun ringkas.. jom resepinya di bawah yer..  pengubahsuaian pada yang bertanda merah



Resepi Asal : Azie Kitchen
Dicuba oleh : aima

1 ekor patin saiz sederhana
 2 senduk tempoyak
4 cawan air
1 biji cili merah
Segenggam cili padi merah- (5 batang cili kecil kampung)
1 inci kunyit
Secekak daun kesum - (3 batang daun kesum)
Sedikit garam

Cara-cara
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup, kemudian masukkan tempoyak dan digaul rata.
Masukkan kesemua bahan dengan api yang sederhana besar dan direneh sehingga masak.

Hmmm memang sedap..



Thursday, March 19, 2015

Kuih Sagu

Tetiba rasa rajin plak nak buat minum petang... melihatkan ada biji sagu yang masih berbaki selepas, aqif meminta untuk dibawa ke sekolah untuk pendidikan seni baru-baru nie, lalu ku google caranya, rasanya senang nak buat tapi nak kena refer jugak kat mr google nie. So belek-belek kira jumpa yang berkenan terus ku memulakan langkah merendam biji sagu nie. Rupanya senang ajer yer..




Resepi ikhsan dari ziemahmud.blogspot.com

Cara-caranya
1. I cawan biji sagu
2. 1/2 cawan gula  pasir
3. Pewarna kesukaan...
4. Sedikit garam halus

Biji sagu direndam selama lebih kurang 1 jam.
Toskan dan letakkan dalam loyang yang dialas dengan sedikit minyak

Campurkan kesemua bahan yang bertanda 1,2, 3 dan 4
Masukkan kedalam loyang dan kukus dalam tempoh 15-20 minit.

Kelapa Parut  dalam 2 cawan dikukus bersama 2 helai daun pandan,
Ini adalah untuk memastikan kelapa parut nie tahan lama.


Keluarkan dari perik kukusan, biarkan sejuk dan potong . Jangan lupa kelapa parut yang dikukus hendaklah ditabur di atas kuih sagu tersebut...

Wednesday, March 18, 2015

Kembara G7


Kembara G7 adalah salah satu aktiviti kelab kembara yang di sertai oleh yol sepanjang ko-korikulum disekolah. Untuk tahun 2015, sekolahnya telah menyasarkan pendakian 7 puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Sekaligus ianya mencipta sejarah sebagai sekolah pertama di Malaysia yang berjaya melengkapkan xpedisi menawan ketujuh-tujuh puncak tersebut. Antara gunung-gunung yang terlibat sepanjang tempoh tersebut ialah

First Phase

1. Gunung Chamah
2. Gunung Ulu Sepat
3. Gunung Korbu
 Pendakian di laksanakan pada 18 hb Feb- 21hb February 2015

2nd Phase
1. Gunung Yong Belar
2. Gunung Gayung


3rd Phase
1. Gunung Yap
2. Gunung Tahan

Foto -foto dibawah were taken during  the launching  dengan persembahan HAKKA..




Untuk rakaman haka G7, click below link.. awesomelah  guys..

Click here

Kami doakan semua pelajar-pelajar selamat pergi dan pulang di bawah lindunganNya. Ketika blog ini ditulis, mereka sekarang dalam pendakian 2nd Phase.

Monday, March 16, 2015

Nasi Ayam



Nasi ayam nie di masak uantuk menjamu selera during MIL & FIL berkunjung kerumah sebelum ke Tawau, Sabah pada keesokan harinya bersama suami dan anak-anak lelaki ku. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menziarah, moyang anak-anakku yang tak berapa sihat ketika nie.

Selepas pulang dari mengambil MIL& FIL di Airport, bergegas ke dapur untuk menyediakan hidangan tengahari  tetamu dan juga anak-anak. Alhamdulillah sempat menyediakan sebelum anak-anak pulang dari sekolah dan menjamu selera selepas mereka pulang dari solat jumaat.

Resepi nie ada tokok tambah dari original resepi dari beberapa blog, dah tak ingat yang mana satu, google ajer. Untuk ayam, daku lebih menyukai ala-alai roasted chicken instead of goreng. Sebab kalu goreng selalu kureng memuaskan.  Dah selalu mencuba dan maka terhasil olahan mengikut citarasaku. 


Resepi

Sup Ayam:
100 gram ayam
 1 inci halia ( dihiris/parut/cincang)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
2 inci cinnamon
sedikit minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih dan rempah-rempah.

A. Tumis bawang merah ,bawang putih dan sehingga naik bau,
Selepas naik bau masukkan ayam 
Tambah garam dan perisa secukupnya,

Nota: 2 cups sup ayam akan digunakan utk memasak nasi.


Roasted Chicken
600 gram ayam
6 biji bawang merah-tumbuk/mesin
2 biji bawang putih,-tubuk/mesin
2 sudu besarKicap cair
2 sudu besar Kicap pekat
2 sudu Madu(honey)
garam secukup rasa

B- Lumur ayam dengan segala bahan diatas
Perap selama 1 jam-simpan dalam peti ais.
Lepas tu masak roast the chicken dalam microwave oven for 28 minutes.
Kalu nak goreng pun boleh..

Nasi Ayam
Beras secukupnya
2 helai Daun pandan
Sedikit garam
Setelah dibersihkan, masukan kuah sup ayam yang di sediakan diatas dan masak seperti biasa.

Note: Nisbah kandungan air untuk masak nasi ialah 2 cup sup ayam dan 1 cup air biasa



Cili
4 biji cili
 merah (besar)
2 biji bawang
Blend bawang merah dan cili , campur sedikit cuka dan gula....siap





Wednesday, February 25, 2015

Sheperd Pie

Petang nie ada mood rajin sikit untuk buat minuman petang. Selepas balik grocery hari tu merajinkan diri untuk merebus kentang dulu, sebab niatnya nak masak sheperd pie, sebab dah lama gak tak buat nie. So dah rebus kentang simpan plak dlm peti ais sebab tak sempat nak lecek kentang lagi.  So the next day morning baru masak inti daging. Dah siap masak for lunch dan selepas hantar aqif sekolah agama, barulah boleh bakar sepenuhnyer. resepi asalnya di ambil di blog mamasya. Dah lama menggunakan resepinya. Memang tidak menghampakan.

Untuk resepi click here