About Me

Majlis iftar di Kampung


Majlis iftar dan tahlil untuk saudara mara telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11.6.2016 di kampung Durian Burung kuala terengganu dengan sokongan adik-beradik dan ipar duai, semuanya pulang bercuti ke Kuala Terengganu. Untuk saya dan sekeluarga kami sampai pada petang khamis lagi. Maka untuk berbuka puasa petang tu beli di pasar cabang tiga ajer.. sungguh meriah dengan kuih muih dan juga nasi dagang, memang terliur tapi sabar ajelah dengan ingatan, jangan membazir. Beli apa yang perlu ajer. Since anak-anak suka makan nasi waktu berbuka, maka beli lauk pauk ajerlah, dan sedikit kuih muih ajer. Tak sempat snap gambar.

So berbalik pada kenduri nie, segala persiapan di buat pada pagi Sabtu, so kami adik beradik tolong bersihkan ayam dan juga daging.  Menu pada hari tersebut ialah ayam masak kerutup dan daging gulai kawah, bersama acar timur masak, sambal belacan , bubur lambuk dan telur masin. Tapi tuan rumah tak sempat nak ambik gambar dek kesibukan bila majlis dah nak bermula. Takpe ada gambar sebelum kejadian udah ler...




 Bonda dan mak saudara sibuk di dapur

 Khemah dah naik sejak hari Jumaat petang lagi.

Sepupuku yang datang menolong


 Nie bak kata anakku, chicken department, doing the cutting, cleaning and segration ...yalah tu anakku
 Alahai tumpul plak pisau nie....



Masak ayam dulu


 Pada hari kejadian sebelum berbuka
Selepas majlis doa selamat dan tahlil, jemaah  menjamu selera tika azan maghrib berkumandang...

No comments:

Post a Comment