About Me

Sports Day SMK Subang Bestari

Semalam 16.08.2015 merupakan tahun ke 6 acara sukan untuk Sek Men subang bestari. Temasya sukan nie di adakan di perkarangan mini stadium sekolah USJ 23.Pepagi lagi dah hantar abang yol dan kakak ke sekolah untuk menaiki perkhidmatan bas yang disediakan. So we all bertolak dalam kul 8 pagi untuk ke sana.  abang yol masuk 3 acara, dimana acara pertama ialah larian 800m, 4x400 dan zzzz. Yol hanya dapat tempat ke dua untuk acara 4x400, alhamdulillah.. manakala acara lain... tak dapat nombor. Takpe yol kan long distance punya ability..so tak sempat nak catch up yer...Tahniah.

Jemputan kenamaan pada hari tersebut ialah bekas jaguh pecut negara, saudara Nazmizan Mohammad. Yang bestnya lepas tu ada sesi lari 100 meter oleh guru lelaki , atlet pecut sekolah dan juga saudara Nazmizan. Kelihatan cikgu -cikgu ketinggalan dibelakang manakala saingan sengit antar atlet sekolah dan be
kas pecut negara, sangat rapat masa yang dicatat. Moga bakat adik ini terus bersinar dalam acara larian.

Oh yer since both our kids rumah Sigma(kuning) we all pun pakat pakai kuning.. bukan ops Bersih yer...

Sukan berakhir hingga pukul 3 petang namun kami pulang dalam kul 12 tengahari memandangkan cuaca agak panas di luar. Moga di masa hadapan program sukan ini dapat ditambahbaik dari segi time management and coordination, so tak banyak wasted time from one game to another game.




No comments:

Post a Comment