About Me

Baked Potato

Idea nie datang dari anakku si aqif yang gemar memakan kentang, asyik suruh buat kentang telur ajer, tambahan pula dia masih lagi berpuasa syawal, maka kugerodek tema kentang, lalu terjumpa baked potato nie, macam best ajer...dan ternyata sedap. Cuma tak bestnya anak-anakku makan isi tengah ajer, yang tepi kentang tu dibiarkan. macam membazirlah pulak. Sebenarnya kita boleh makan dengan kulit-kulit kentang sekali. Kan dah cuci bersih kentang- kentang tu kan..... Apa-apalah jom salin resepi di bawah.




Bahan-Bahan

1. 5-6 biji kentang, di bakar dalam mikrovave atau oven, tempoh bakar dalam 25 minit pada suhu 180 darjah
2. Setelah bakar potong kentang 1/3 di bahagian atas kentang
3. Keluarkan isi kentang dan ketepikan isi kentang tersebut. Buat sehingga kentang kelihatan macam sampan.
4. Isi kentang yang hendak di keluarkan di tabur bersama blackpepper dan lada sulah. Tak perlu menggunakan semua kentang yang di keluarkan tadi kerana isi kentang yang akan digunakan nanti adalah sedikit sahaja.
5. Masukan isi kentang yang telah berperisa kedalam kentang yang berbentuk sampan dan tabukan cheese topping diatas isi kentang tersebut dan sedia untuk dibakar dalam masa 10 minit...

No comments:

Post a Comment