About Me

Rendang Ayam



Rendang ayam nie sangat sedap, ianya diadaptasi dari kak azie kitchen resepi. Sangat sedap  dah mudah untuk membuatnya.  Namun kuantiti yang di masak hanyalah untuk separuh ayam sahaja, jadi kena pandai pandaai agaklah yer.. Resepi seperti di bawah:



Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Dicuba: rizaimaa.blogspot.com

Bahan bahan:
2 ekor ayam-
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

No comments:

Post a Comment