About Me

Akok

Salam Sejahtera dan selamat petang. Petang nie nak update resepi kuih akok, jumpa resepi di
FB tapi dah lupa ownernyer, mohon izin untuk share di blog untk rujukan masa depan. Ternyata first time try membuahkan hasil dan menjadi.  Suka sangat tambahan pula ianya tidak susah dari segi penyedian bahan dan juga untuk membakarnya. Boleh makan panas-panas lagi tu.


Resepi: Kuih Akok

2 biji telur
170 ml santan
60 ml air gula melaka (gula melaka dimasak dengan daun pandan)
15  gram tepung gandum
Secubit garam

Cara-caranya:
Didihkan gula melaka bersma air dan daun pandan- pastikan sukatan air gula melaka ialah 60 ml
Bancuh adunan telur, santan, tepung gandum , air gula melaka dan garam
Whisk atau blender saja. Saya Blender sahaja, jangan lama, sekejap sahaja.

Sapukan butter pada acuan muffin dan panaskan acuan muffin seketika(10 minit)- biar panas betul
Keluarkan acuan dan tuang adunan didalam bekas muffin.
Bakar pada suhun 180 selama 15 minit.

Resepi ini menghasilkan dalam 8 biji akok.

Cubalah.. dah cuba pasti nak cuba lagi.



No comments:

Post a Comment