About Me

Roti Kacang Merah


Ini adalah antara roti fav anak-anak, roti kacang merah. Masih menggunakan resepi yang asal sebelum nie. Roti nie ternyata sedap dan gebus.. Resepinya adalah seperti di bawah... cuma bezanya diletakkan almond sebelum membakar, untuk memberi kelainan rasa. Untuk aduanan ini aima menggunakan 1/2 adunan sahaja dari resepi asal.

Doh Asas Roti dan Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
400gram tepung roti
100gram tepung gandum
4 sudu besar susu tepung@skim milk
5 sudu besar gula + 1 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
3 sudu besar butter@marjerin
240ml susu suam@air suam
8gram kecil yis
4 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, buat redbeans stolen buns, roti bintang dan roti marble, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Masa pembakaran bergantung pada saiz bun dan roti.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.






No comments:

Post a Comment