Friday, March 20, 2015

Ikan Patin Tempoyak

Ikan Patin masak tempoyak nie memang kegemaran anak-anakku. Sememangnya ia adalah pilihan ikan sungai yang amat sesuai untuk di masak tempoyak. Kebetulan ahad lepas ke pasar basah di Kg Melayu Subang dan daku terus memesan kat mr hubby untuk membeli ikan patin, Selain itu di borong jugak telur ikan dan ikan keli. 
Untuk memasak ikan patin nie sebenarnya ada banyak versi. Tapi untuk kali ini daku menggoogle kak azie kitchen dan berminat untuk mencubanya, memandangkan ada kelainan sedikit dalam resepinya yang tidak menggunakan bawang merah atau bawang putih. Bahannya pun ringkas.. jom resepinya di bawah yer..  pengubahsuaian pada yang bertanda merah



Resepi Asal : Azie Kitchen
Dicuba oleh : aima

1 ekor patin saiz sederhana
 2 senduk tempoyak
4 cawan air
1 biji cili merah
Segenggam cili padi merah- (5 batang cili kecil kampung)
1 inci kunyit
Secekak daun kesum - (3 batang daun kesum)
Sedikit garam

Cara-cara
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup, kemudian masukkan tempoyak dan digaul rata.
Masukkan kesemua bahan dengan api yang sederhana besar dan direneh sehingga masak.

Hmmm memang sedap..



No comments:

Post a Comment