About Me

Kuih Sagu

Tetiba rasa rajin plak nak buat minum petang... melihatkan ada biji sagu yang masih berbaki selepas, aqif meminta untuk dibawa ke sekolah untuk pendidikan seni baru-baru nie, lalu ku google caranya, rasanya senang nak buat tapi nak kena refer jugak kat mr google nie. So belek-belek kira jumpa yang berkenan terus ku memulakan langkah merendam biji sagu nie. Rupanya senang ajer yer..




Resepi ikhsan dari ziemahmud.blogspot.com

Cara-caranya
1. I cawan biji sagu
2. 1/2 cawan gula  pasir
3. Pewarna kesukaan...
4. Sedikit garam halus

Biji sagu direndam selama lebih kurang 1 jam.
Toskan dan letakkan dalam loyang yang dialas dengan sedikit minyak

Campurkan kesemua bahan yang bertanda 1,2, 3 dan 4
Masukkan kedalam loyang dan kukus dalam tempoh 15-20 minit.

Kelapa Parut  dalam 2 cawan dikukus bersama 2 helai daun pandan,
Ini adalah untuk memastikan kelapa parut nie tahan lama.


Keluarkan dari perik kukusan, biarkan sejuk dan potong . Jangan lupa kelapa parut yang dikukus hendaklah ditabur di atas kuih sagu tersebut...

No comments:

Post a Comment