Monday, December 1, 2014

Aqif Bekhatan

Pada hari ini 29/11/2014, anak bongsu@ anak manjaku akan berkhatan di hospital Rahman Putra Sungai Buloh. Sememangnya perancangan telah lama dibuat pada cuti sekolah 2014, walaupun dia meminta dari tahun lepas lagi, alasan bonda senang ajer..acik masih kecik lagi...ha ha ha...Sebenarnya tak puas lagi nak melayan kerenah anak manja nie..




Menunggu dengan penuh debaran..siap pesan "nanti bila achick dah masuk jumpa doctor clock in kat phone tau, sebab nak tahu berapa lama", aduhai anakku nie.


 Tu dia dah siap. 30 minit ajer...
Nie kakak dengan abangnya menanti sambil main game... Sempat menelefon sepupunya -Awish di Kota Bahru untuk berkongsi perasaan , sepupunya berkhatan, 2 hari awal dari Aqif . Semoga cepat sembuh yer.

No comments:

Post a Comment