Friday, November 28, 2014

Melty Hershey


Melty Hershey Dessert nie baru berkesempatan mencuba, walaupun dessert nie dah lama dipasaran. Terpanggil untuk merasa ketika kami berhenti makan di sebuah restoran di Kg Sg Penchala. Alkisah terpandang akan dessertnyer lalu membeli untuk merasa akan keenakkanya. Sedap dimakan apabila dikeluarkan dari peti ais.

So apalagi, lalu ku google resepinya. Setelah meneliti akan bahan-bahan yang diperlukan dan juga persediaan yang semestinya senang lalu daku mencuba resepi tersebut dari, Rahel  terimakasih pada empunya resepi. Minta izin copy resepi disini.


MELTY HERSHEY CHOCOLATE
Sumber: Rahel@Rahel Blogspot
Resepi Asal: Noraslinda Bugal@FB

Bahan A:250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B:Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang perisa strawberi pun boleh/nutella, apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo

Bahan Hiasan:Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/diparut)

Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat.Putar hingga rata. Masukkan pula
  UHT whipping cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan. Tabur coklat chips. Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment