Bila ada mood kerajinan maka terhasilah roti jala yang super easy nak buat.Ianya menjadi lagi senang bila ada lebihan kuah ayam kari atau ikan kari . Memang elok sangat di padankan dengan roti jala nie. Setengah orng suka makan dengan kuah yang manis ataupun di panggil kuah serawa, yang mana ianya terhasil dengan adunan santan dan telur serta gula melaka, lagi sedap kalau letak buah durian dalam serawa nie, semerbak lah baunya. Tapi sis jarang buat kuah manis, selalunya buat apabila ada lebihan kuah kari. Jom semak resepinya
Bahan
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 kotak santan(cairkan pada 125 ml santan kotak + 125 ml air)=250 ml santan
1 biji telur
1 sudu besar butter dan sedikit minyak
Secubit garam
Pewarna kuning
Cara
Whisk kesemua bahan diatas, mengikut urutan bahan kering kedalam bahan basah. Tapi setelah adunan sebati utk pastikan tiada ketulan gandum yg bergumpal. Masukkan kedalam acuan dan bolehlah menjala tepung utk di jadikan jala😋😋
No comments:
Post a Comment