Hasil adunan yg di tinggalkan dlm 4 jam sebelum di kukus
Ternyata bahan-bahannya agak senang dan mudah di dapati di dapur. Nak makan apam nie memang kena plan bila nak makan kerana, masa utk ragi berfungsi dengan baik, adalah dengan membiarkan ianya naik (double) selepas beberapa jam. Selalunya sis akan plan untuk makan the next daynya, so selalunya bila petang baru adun dan biarkan ianya double untuk beberapa jam. Untuk mengukuskanya tak lama dalam 20 min ajer. Selalunya selepas maghrib sis akan kukus, dan sejukan sebelum makan untuk keesokkan harinya
Bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan air
1/2 tablespoon yis segera@mauripan (6 gram)
3/4 cawan gula @ gula melaka (pilih satu yg mana anda suka)
Cara
Masukkan yis dalam larutan air,
Kacau sebati dan masukkan gula melaka atau gula pasir(yg mana berkenan yer)
Masukkan adunan tepung gandum dan beras kedalam larutan yis, kacau sebati, manja manja gitu
Dan terakhir masukkan kedalam bekas utk proses double. Tutup dengan plastik cling atau dengan kain bersih, Selepas adunan double, lebih kurang 1.5 jam boleh lah kukus untuk 20 min.
Observation
Sis dah try guna gula pasir- manis jadinya
Sis try guna gula melaka-manisnya ok , sedang -sedang gitu
Satu lagi kalau telalu lama biarkan adunan (sis tinggalkan dalam 4 jam), akan create banyak lubang kat apam. Manakala jika proses diadunan dibiarkan dalam 1.5 hr, adunan cantik dan tak bau sangat yisnya.
No comments:
Post a Comment