About Me

Tudung Bawal Airis

Ini sebahagian dari new collection tudung baru sis, plain color ajer. Just nak citer, actually tudung bawal sis dah banyak collectionnya, sejak zaman kerja-keja dulu dan masa mula mula pakai tudung nie, tudung bawal adalah antara koleksi pertama tudung sis. Tudung bawal sis semuanya di beli di Kota Bahru , sis beli yang No 1 nya kualiti, tapi that time reganya dalam 30 hinggit lebih ajer. Design dia simple, samada sulam bunga kecil , sulam silver/gold, bunga tanjung, ianya samada bunganya beselang color atau seirama color, tapi mestllah contrast kain dan sulam kan. Boleh katakan collection sis semua color ada samada warm color or cool color 💋.  Over the years, macam macam  design keluar antaranya tudung Ariani, Arzu, Syria, Chiffon,  Shawl dan pelbagai. Semua nie Sis pun tak ketinggalan juga utk mencubanya. So collection tudung bawal sis,  sis simpan elok elok, nak kasi orang macam sayang ajer coz semua color menawan....😛hahaha
Antara penyebab nak sis bertukar ke yang terbaru sebab ianya lagi cepat dari meggunakan bawal yang memerlukan tenaga lebih skit iaitu... iron...tapi selesa pakai bawal nie sebab kain dia sejuk dan bila dah pakai dia akan terletak cantik kat kepala tak gerak-gerak atau selebet..Sis kalau pakai shawl kekadang nie rasa macam tak kemas ajer...sikit skit nak tengok cermin hehehe...

So now sis dah patah balik ke tudung bawal sekarang, dan bawal yang avaible di market now ialah bawal airis, sis pun tak tahu kenapa nama dia airis yer... Dari bacaan sis , diaorang kata bawal airis nie bawal no 2,  dah lah tu, murah-murah plak tu , boleh dapat dalam rm 10 sehelai. So setakat nie sis dah borong 20 helai si bawal airis nie, kongsi nge anak dara sis. Tapi sis masih setia beli di Kota Bahru jugak. he he he.. time balik KB, mesti bodek mr hubby utk ke pasar ct khadijah...

No comments:

Post a Comment