About Me

Salam Ramadan 1437 H





Salam Jumaat, penghulu segala hari, sedar tak sedar kita sekarang akan menyambut bulan Ramadan Almubarak, bulan yang ditunggu oleh umat Islam dimana sangat besar pahala untuk segala amalan yang dilakukan untuk bulan ini. Bagi ibu-ibu antara kesibukan ialah menyediakan menu-menu yang lazat untuk hidangan berbuka puasa. Mungkin ada yang buat listing menu selama sebulan agaknya. Biar apa-apapun janganlah kita membazir.

Bagi saya pula, Ramadan untuk tahun ini, qariah di rumah makin berkurangan, kerana anak sulung akan melanjutkan pelajaran selepas seminggu berpuasa dengan keluarga, manakala anak bongsu pula akan pulang ke asrama selepas beberapa hari bercuti midterm.  Jadi tugasan memasak di rumah mungkin berkurangan  dan simple menu ajer. Perbanyakkan amalan sedekah dan gunakan masa yang sebaik mungkin untuk bertadarus Alquran. Insyaallah.










No comments:

Post a Comment