Tuesday, December 2, 2014

Hokaido Chiffon cupcake

Hokaido chiffon cake nie adalah antara resepi kek cifon yang tak muak dimakan, dengan teksturnye yang ringan, kita rasa tak puas untuk makan beberapa ketul lagi compared with other cakes. Resepi nie cukup dengan rasa yang tidak terlalu manis dan enak rasanya. Tambahan pula ada cream custard bersama whipping cream kat dalamnyer. Resepi nie di ambil dari sumber dibawah. Mintak izin dari owner blog hanamemories .blogspot  untuk kongsi didlm blog aima yer...

RESEPI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
sumber : Sonia Nasi Lemak LoverMat Gebu
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 biji kuning telur gred A
  • 20g gula kastor/gula halus
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 15g tepung jagung/tepung kastad *
  • 55g tepung gandum * (hana half half gandum & SRF)
  • secubit garam* 

Bahan B
  • 3 biji putih telur gred A
  • 30g gula kastor
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar - optional

Bahan C (Krim Kastad by honey)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml  susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim. 
  • Masukkan esen vanila, susu segar dan minyak jagung. Kacau sebati. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
  • Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue ( terbalikkan tak jatuh ). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
  • Masukka ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.
  • Penyediaan krim kastad - Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat.Bila dah sejuk paipkan ke dalam cupcakes menggunakan nozel. Siap dihidang.
  • NOTA : resepi asal tepung adalah 70g tepung kek.. Jika tiada ayak 3/4 cawan tepung gandum + 1/4 cawan tepung jagung. Timbang semula dan guna pakai 70g shj untuk resepi nih.. Boleh juga guna tepung superfine yang biasa ada jual di bakery.Dalam pembuatan kek chiffon biasanya menggunakan sedikit tepung jagung untuk menambah kegebuan dan kelembutan kek.





No comments:

Post a Comment