Wednesday, July 2, 2014

Talam Ubi Kayu




Maka terhasilah Talam Ubi Kayu, hasi dari  ubi kayu yang di beri oleh FIL. Satu batang ubi kayu nie ajer dah dapat menhasilkan 2 dulang saiz 9 inci- bulat.
Resepi diambil dari blog dibawah, terimakasih pada empunya resepi.

Resepi: Talam Ubi Kayu
Sumber Resepi:Periuktanah,blogspot.com.
Lapisan Bawah
2 cawan ubi kayu siap diparut halus
1/2 cawan air gula melaka (1/2 keping gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir

Cara membuatnya:

Panaskan pengukus. Gaul sebati semua bahan didalam mangkuk. Ratakan ke dalam loyang berukuran 7/ 8 inci. Kukus 15 minit dengan api kuat.

sementara tu sedikan lapisan atas:

2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara membuatnyaL
Bancuh rata semua bahan dengan whisk. Apabila lapisan bawah masak, tapiskan adunan lapisan atas dan kukus lagi 15 minit. Apabila masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment