About Me

Doh Asas Roti & Bun









Roti bun lembut nie adalah percubaan yang ketiga, dan seperti biasa ianya menjadi favourite among kids. Bake waktu tea time, malam dah licin. Kita buat small portion ajer as below resepi. Terimakasih pada  empunyer resepi owner ros from jintanmanis.



Doh Asas Roti dan Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
200gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1/2 biji telur masukkan dalam adunan roti (manakala 1/2  tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
4 gram kecil yis
2 sudu besar water roux
untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu 
Cara-caranya ( Doh Roti)

1.
Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros buat redbeans stolen buns, roti bintang dan roti marble, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Masa pembakaran bergantung pada saiz bun dan roti.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.




















No comments:

Post a Comment