About Me

Homemade Pizza Lembut & Gebu


Percubaan pertama yang berjaya dan berpuas hati dengan resepi dibawah. Terimakasih pada ros atas perkongsian resepi nie. Dengan menggunakan pan 9 in, dapat menghasilkan 3 biji pizza base. Bukan main seronok anak-anak dapat menikmati pizza nie.

Topping nyer, menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dalam peti ais ajer....





Homemade Pizza Lembut dan Gebu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk Doh)

200gram tepung roti
200gram tepung gandum
3 sudu besar water roux

2 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur ( dipukul sedikit dengan garpu)
30 gram marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
170ml susu segar ( atau air suam)
3 sudu kecil yis - jenama mauripan
2 sudu besar minyak zaitun@minyak masak biasa


( nak masukkan sedikt dry oregano dalam adunan pizza ni pun boleh)

*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit tuna flakes
sedikit taburan keju mozarela@mix cheese
sedikit sos tomato ketchup

( nak tambah mix vegetable, daun basil atau hirisan daun pasley pun boleh)

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi  doh pada 4 bahagian dan biarkan sebentar, lebih kurang 8 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, sapukan dasar pizza dengan tomato ketchup dan topping kan setiap pizza dengan sosej dan tuna flakes, piping kan sekali lagi dengan sos tomato ketchup atau sos cili di atasnya, kemudian taburkan kan dengan keju mozarel atau mix cheese.

5. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.

6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment