Tuesday, January 7, 2014

Laksam

 
 
 
 
 
 
 
 


Assalamualaikum,

Ini merupakan percubaan pertama membuat laksam dengan menggunakan adunan sepeti dibawah. Menjadi...seronoknyer since it was my first time. Semua anak-anak menyukai laksam nie. Alhamdulillah kepada tuan punyer resepi kak azie at http://aziejaya.blogspot.com, mintak izin copy resepi laksam yer..untuk rujukan masa depan.
Utk kuahnyer kita omit dari guna halia dan serai. Manakala ulaman kita guna taugeh, timun, kacang panjang, daun kesum.
Manakala bahan samping disediakan untuk penyedap sediakan sedikit belacan,sedikit garam dan sedikit lada mesin (cili mesin) untuk sesuaikan rasa..

Ternyata licin sekali hadap, gembira...hubby cakap dah takyah beli kat luar, buat sendiri ajer...since nowday nak makan laksam kat kedai satu mangkuk dalam RM 4.50 gitu... wow...mahal kan...



Laksam dan Kuahnya (Lemak)

 
Oleh: Azie Kitchen

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Lihat lihat cara cara menyediakannya


 Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia - tak letak
2 btg serai - ketuk - tak letak
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Setangkai daun kesum- Ini tambahan
Garam
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Taugeh
 
Sampingan
Sedikit Belacan,
Sedikit Garam
Sedikit cili mesin
 

1 comment:

  1. Salam Puan Aima..
    Sedapnya Laksam.. tumpang tengok resipi ye.. saya suka makan Laksam

    ReplyDelete