About Me

# Kita Jaga Kita

Lama sungguh tidak menulis di laman blog nie, last entry bulan Februari 2020 and now dah June 2020. Apalah yang Sis buat sepanjang MCO yang telah melalui phasa pemulihan sekarang dari 10/6/2020 hingga 31/8/2020😆😆😆

Mungkin kesempatan nie sis cuba untuk menulis sedikit sebanyak (sbg journal) utk rujukan sis di masa depan. Bukannya tak bukak laptop sepanjang tempoh MCO nie tetapi kesibukan lain yang menyebabkan langsung tidak mengendahkan blog nie, wlaupun teringin update caption yang simple seperti resepi masakan sepanjang tempoh MCO. Sepanjang tempoh MCO ini , memasak di rumah adalah satu routine yang agak berpanjang, memandang semua ahli keluarga ada di rumah, kecuali anakanda Balqis yang berada jauh di perantauan, demi menuntut ilmu.

Sepanjang tempoh MCO ini kita di salurkan dengan pelbagai macam information dari pihak media , terutama perkembangan kes kes terbaru dan juga statistic yang menimpa negara kita. Sepanjang tempoh ini kerajaan kita telah melakukan tugas yang baik dengan memberi information yang terkini. Masing -masing memainkan peranan mereka, dan kita mengenali mereka dengan segala information yang di salurkan dan terima kasih pada Perdana Menteri, para menteri yang terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kewangan.

Dan sebagai perhargaan ada netizen-netizen yang sangat creative dan mereka mengabadikan poster hero-hero malaysia. Setiap mereka diberikan character, umpama satu keluarga apabila kita menyebut nama mereka. Thank you so much ... kerana menjaga kita-kita dan kita telah hampir putuskan rangkaian covid 19 ini,  as at yersterday 10/6/2020, hanya 2 kes baharu 👍👍👍👍


No comments:

Post a Comment