About Me

Kek Gula Hangus @ Sarang Semut




Alhamdulillah telah berjaya mencuba resepi yang di ambil dari interner..alamak lupa plak kat mana, anyway terimakasih pada owner resepi nie yang sudi berkongsi resepi yang super moist dan sedap nie.
Resepi nie basically senang kerana bahan-bahannya mudah di dapati di dapur kita. Yok kita lihat resepinya:

Bahan-Bahan

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 125 gram mentega/butter dicairkan
  • secawan gula pasir
  • secawan air panas
  • secawan Tepung gandum 
  • 1 sudu kecil Soda bicarbonate 
  • Essen vanila



Cara

  • Panaskan gula didalam periuk jangan di kacau biarkan gula cair dan berubah warna
  • Sementara itu panaskan air panas dalam anggaran untuk digunakan dalam satu cawan 
  • Bila gula dah hangus, masukkan air panas. -- hati hati yer (sejukkan dahulu)
  • Sementara itu masukkan soda bicarbonate dan gandum , kacau rata gandum dan soda
  • Masukkan butter yang telah cair kedalam adunan gula hangus, apabila gula hangus dah suam
  • Whisk telur dan diikuti dengan gandum dan gula hangus, buat sehingga adunan semua bercampur dan diikuti dengan esen vanila.
  • Bakar ikut kesesuaian oven microwave anda..

Tips:

Cara potong kek gula hangus adalah berbeza dengan memotong kek biasa.
Lihat potongan gambar pertama dan kedua

Yang pertama, tidak kelihatan sarang semut
Yang kedua-- ada

Kek gula hangus hendaklah di potong secara membelah di tengah tengah instead of potong menegak untuk kek-kek biasa  untuk mendapatkan sarangnya...hehehehe...

No comments:

Post a Comment