About Me

Pancake Gebu

Alhamdulillah menjadi juga resepi pancake yang dicuba. Pernah cuba beberapa kali sebelum nie tetapi lupa nak masukkan dalam blog. So better update cepat cepat sebelum lupa ataupun mood malas datang menyapa lagi. Nie resepinya hasil gogel dari internet dan terima kasih pada empunya resepi nie. Senang cari penyediaanya dan bahan bahan yang diperlukan agak ringkas dan memang dah ada kat dapur. Untuk susu saya menggunakan susu segar saja, tidak substitue dengan bahan lain.

Dah dua kali mencuba dan ternyata lembut dan gebu. Anak daraku Dayana sarapan pagi pancake dipadankan dengan aiskrim lagie..Daebak!!!

Source: izzahdaut.blogspot.com

Resepi:

Pankek Sedap Gebu
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar/ whipping cream.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.






No comments:

Post a Comment