About Me

Nasi Ayam



Nasi ayam nie di masak uantuk menjamu selera during MIL & FIL berkunjung kerumah sebelum ke Tawau, Sabah pada keesokan harinya bersama suami dan anak-anak lelaki ku. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menziarah, moyang anak-anakku yang tak berapa sihat ketika nie.

Selepas pulang dari mengambil MIL& FIL di Airport, bergegas ke dapur untuk menyediakan hidangan tengahari  tetamu dan juga anak-anak. Alhamdulillah sempat menyediakan sebelum anak-anak pulang dari sekolah dan menjamu selera selepas mereka pulang dari solat jumaat.

Resepi nie ada tokok tambah dari original resepi dari beberapa blog, dah tak ingat yang mana satu, google ajer. Untuk ayam, daku lebih menyukai ala-alai roasted chicken instead of goreng. Sebab kalu goreng selalu kureng memuaskan.  Dah selalu mencuba dan maka terhasil olahan mengikut citarasaku. 


Resepi

Sup Ayam:
100 gram ayam
 1 inci halia ( dihiris/parut/cincang)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
2 inci cinnamon
sedikit minyak untuk menumis bawang merah dan bawang putih dan rempah-rempah.

A. Tumis bawang merah ,bawang putih dan sehingga naik bau,
Selepas naik bau masukkan ayam 
Tambah garam dan perisa secukupnya,

Nota: 2 cups sup ayam akan digunakan utk memasak nasi.


Roasted Chicken
600 gram ayam
6 biji bawang merah-tumbuk/mesin
2 biji bawang putih,-tubuk/mesin
2 sudu besarKicap cair
2 sudu besar Kicap pekat
2 sudu Madu(honey)
garam secukup rasa

B- Lumur ayam dengan segala bahan diatas
Perap selama 1 jam-simpan dalam peti ais.
Lepas tu masak roast the chicken dalam microwave oven for 28 minutes.
Kalu nak goreng pun boleh..

Nasi Ayam
Beras secukupnya
2 helai Daun pandan
Sedikit garam
Setelah dibersihkan, masukan kuah sup ayam yang di sediakan diatas dan masak seperti biasa.

Note: Nisbah kandungan air untuk masak nasi ialah 2 cup sup ayam dan 1 cup air biasa



Cili
4 biji cili
 merah (besar)
2 biji bawang
Blend bawang merah dan cili , campur sedikit cuka dan gula....siap





No comments:

Post a Comment