About Me

Donut Gebu


Ternyata resepi donut ini tidak mengecewakan walaupun dah bekali-kali menggunakan resepi ini. Donut nie kelihatan senget bulatannya kerana mencanai tepung nya agak nipis, so bila nak ambik dia jadi macam toing.. toing...bukan salah resepi , salah empunyer diri kerana canai nipis sangat.
Menggunakan setengah dari adunan resepi cukup untuk 2 kali gorengan. Separuh buat frozen , separuh buat ngap...hmm yummy...






Sumber Rujukan: Azie Kitchen

Bahan-bahan 

500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum

1 peket yis segera-11gram

50g marjerin/mentega

1 sudu besar (penuh) shortening

2 sudu besar (penuh) gula pasir

2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung

1 biji Telur

1/2 sudu kecil garam

Gula Halus atau topping kegemaran anda

190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)



Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.


Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Ba

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je menggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan (sisa sisa tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi


Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal setengah inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.

Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.

No comments:

Post a Comment