Wednesday, December 17, 2014

Garlic Bread with Mushroom Soup

Garlic Bread nie asalnya takde dalam menu, ketika nak menyediakan mushroom  soup untuk anak-anak. Cuti sekolah macam nie stock makanan mesti lebih skit , kena selalu ada..Di tambah lagi sekarang asyik hujan ajer petang dapat makan soup panas kan best, so google resepi terjumpa mat gebu punyer resepi,
Memang tidak menghampakan resepi nie, mintak izin tuan punyer  resepi "Mat Gebu" untuk menyalin di blog ni sebagai rujukan.
Hubby dan anak-anak punyer review, wah ummi nie dah sama level garlic bread kat Pizza Hut...hmmm, Senyum lebar dengar pujian dari anak-anak... he he he




BAHAN-BAHAN ROTI :-)
350 g tepung roti
1 camca besar shortening (lemak sayur)
1/3 camca teh garam halus
120 - 160 ml air suam (kurang lebih)
1 camca besar yeast (mauripan)
2 camca besar gula halus

BAHAN MENTEGA "KHAS"
2 camca besar mentega*
2 ulas bawang putih, diparut*
Sedikit serbuk lada hitam*
1 camca teh cincangan parsley*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan air suam, yeast dan gula, kacau rata dan biar sebentar. Gaul rata tepung garam dan lemak sayur. Masukkan yeast tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Uli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda (35 - 40 minit). KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam beredmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 2 bahagian, bentukkan memanjang dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Perap sekali lagi hingga 2 kali ganda kemudian kelar secara menyerong sebanyak tiga kelaran. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit. Bergantung pada oven masing2. Sejukkan roti atas jaringan sebelum dipotong.
  3. UNTUK GARLIC BREAD :- Hiris roti secara menyerong setebal 3/4 inci. Sapu setiap satu hirisan roti dengan mentega "khas" (sapu satu bahagian saja..), buat hingga siap. Dengan api perlahan, panaskan non-stick frying pan dan panggang roti tadi sehingga kuning keemasa, kurang lebih 2 minit. Lakukan kaedah sama dengan baki roti tadi hingga habis. Hidangkan bersama mushroom soup....selamat mencuba....
Manakala Untuk Mushroom Soup, ada ubah suaikan (warna merah)...he he he

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :-)
250 g cendawan butang jenis segar 
800 ml air- 400 ml  (ikut kesuaian)
250 ml susu sejat IDEAL/ 250 ml fresh cream  milk
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasa

No comments:

Post a Comment