About Me

Bibik Kasmiru

Bibik Kasmiru telah berkhidmat dengan kami selama 7 tahun. Kasmiru @Auntie As (panggilan anak-anak) merupakan bibik yang paling lama tinggal dengan kami. Beliau merupakan pembantu rumah yang kelima sepanjang 14 tahun kami menggunakan perkhidmatan pembantu rumah orang Indonesia.Alhamdulillah sepanjang pengalaman kami mengambil pembantu rumah,  dengan  perlindungan dari Allah, kami tidak mempunyai apa-apa masaalah dengan pembantu, dengan mengamalkan prinsip sebagai keluarga, Alhamdulillah pembantu rumah tidak mendatangkan masaalah pada kami.
 
Kasmiru jugalah yang bertanggungjawap menjaga anak-anak ketika kami bercuti keluar Negara dan juga ketika menunaikan rukun Islam yang kelima @ Haji pada tahun 2009.
 
Kini perkhidmatan beliau telah ditamatkan memandangkan daku, sekarang telah menjadi SURIRUMAH sepenuh masa, setelah menabur bakti disektor corporate selama 22 tahun. Terima kasih dari kami sekeluarga....
 
 


Bersama anak-anak...



So sempena last service rendered, we all bawa As (kasmiru) to Aroma Hijrah, sebuah restoran makanan Arab yang terletak di TTDI Shah Alam.  Kami memilih menu nasi Mandy & nasi maqlubah. Pilihan lauk adalah ayam dan kambing. Hidangan ini disertakan dengan acar, sambal tomato dan sup berempah. Gambar di bawah adalah belaukan ayam. Lihat nasinya ada dua jenis dalam satu hidangan.

Manakala yang di bawah ialah ayam dan kambing., pilihan nasi adalah sama (mandy & maqlubah). Kami memilih dua dulang untuk 6 orang. Memang terbaek hidangan nasi ini, rasa rempahnyer.

Hmmm lazat sungguh, insyaallah boleh visit lagi nie.

No comments:

Post a Comment