About Me

Puding Caramel


 
During weekend, rajinkan diri untuk membuat puding caramel untuk sajian pencuci mulut , seawal pagi, selepas menyediakan sarapan, bergegas sediakan bahan yang diperlukan. Untuk membuatnyer adalah tidak susah., dan ianya merupakan kegemaran mr.hubby.
 
Bahan-bahan
6 biji telur
1cawan gula castor
1 tin susu IDEAL
Sedikit vanilla
 
Sos Caramel
1 cawan gula halus/kasar
1 cawan air panas
 
Cara-cara
 
Telur dipecahkan dan di kacau bersama gula, di kacau dalam satu putaran (jangan berbuih yer).Masukkan sedikit esen vanila.
Masukkan 1 tin susu IDEAL.
 
Panaskan kukusan, balut casserole dengan aluminium foil sebelum di kukuskan.
Dalam 20 minutes , karamel akan masak, boleh check dengan cake tester dan lihat samada dah masak semuanya atau tidak. Angkat dan sejukkan. Boleh sediakan sos karamel pulak.
 
Sos Caramel
Gula dimasak atas dapur dengan api yang sederhana kuatnyer, sambil itu kacau sehingga gula pasir keperangan.
Sambil itu masakkan air panas.
Selepas karamel dah hancur gulanyer dah keperangan, tuang air panas dalam anggaran satu cawan (ikut kesesuaian masing-masing) dan kacau...hati -hati panas sedikit ketika ini.
Curahkan sos caramel nie diatas puding dan sejukkan... taraa...siap...Sedap dimakan ketika sejuk.

No comments:

Post a Comment