About Me

Terawikh di Masjid Negeri Shah Alam

Minggu ke dua berpuasa, kami sekeluarga telah merancang untuk berbuka puasa di Masjid Negeri Shah , untuk sesama mengerjakan solat fardu Maghrib,dan terus berterawikh disan kami sampai dalam pukul 615 petang, kelihatan kereta telah sedia parking dan juga kelibat orang ramai....dalam hati...ram5ai juga yer...Lagipun we all memang dah expect ramai orang , memandangkan ianya hari Sabtu, lagi teruja apabila mendengar akan ramainya umat mengerjakan solat disini, mengimbas kembali kenangan di Tanah Suci ketika mengerjakan Haji & Umrah, dengan ribuan umat Islam menunaikan rukun Islam. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi akan keluasan masa untuk hambaMU hadir ke rumah mu.

Promosi pada anak-anak dah dibuat 4 hari yang lalu, untuk pastikan mereka selesa di sanan, kerana ketika waktu maghrib atau selepas berbuka puasa anak-anak merasa selesa dirumah dengan makan dan borak-borak sesama mereka, wahal disana mungkin berbeza sedikit dimana kita makan ala kadar dan terus untuk menunaikan solat maghrib. Alhamdulillah tiada rungutan kecuali...selepas solat tu..." ummi a       da makanan lagi tak"...itulah pertanyaan dari mereka. "Ya Ada, ummi bawa bekal spaghetti cabonara"...tersenyum mereka

Alhadulillah dapat menunaikan solat terawikh dengan para hafiz yang mengalunkan ayat -ayat Quran dengan merdu sekali..hinggakan ada ketika, airmata ini mengalir, menandakan Kebesaran Mu YaAllah...Ampunkan dosa-dosaku YaAllah.....

No comments:

Post a Comment