About Me

Ramadan Pertama

Alhamdulillah....hari ini merupakan hari kedua di bulan ramadan. dimana semua umat islam sedang mengerjakan ibadat berpuasa. Bangun sahur bersama anak anak  suami, berlaukan rendang ayam,telur dadar goreng dan  milo panas..

alhamdulillah anak anak pun senang bangun ketika dikejutkan dari tidur. Moga semangat nie berterusan sehingga akhir ramadan.Selesai bersahur, bergegas utk ke surau utk solat subuh berjemaah.

Memandang kami terlupa dengan persiapan raya untuk anak-anak, di gagahi juga di pagi sabtu ini untuk ke One Utama untuk membeli pakaian baru, walaupun baju-baju yang dikira baru masih banyak ...orang kata ambik syarat, kanak-kanak kena berpakain baharu, selepas mengerjakan ibadat berpuasa ini. Aduhai sampai dirumah dalam kul 2 petang, terasa penat yang amat sangat dengan  pening kepala yang berdenyut-denyut. Masuk rumah terus booom tertidur kat sofa Zzzzzz...Tup-tup dah pukul 3 petang , bangun utk solat zohor...kepala masih lagi berdenyut, so apa lagi after solat tido lagi until asar. Since maid tak balik bercuti minggu nie, so makanan berbuka maid yang settlekan. Mihun goreng, Ayam masak merah dan sayur campur.

Me and hubby berbuka di surau Al- Raudah untuk mengerjakan solat jemaah maghrib. Selepas solat maghribb pulang untuk berbuka apa yang ada, sebab kenyang ler dah makan kurma 3 biji dan segelas air kiwi. Alhamdulilah...

Bergegas pula untuk bersihkan diri untuk persiapan solat terawikh, takzirah dan doa tahlil. Selesai solat pihak surau menyediakan moreh, satay, mihun goreng dan mee goreng.


No comments:

Post a Comment