Thursday, January 21, 2010

Mina

Melontar di jamrah pada hari raya kedua bersamaan 11 Zulhijjah 1430H, sebelum berjalan kaki ke kota Makkah dalam 6 km, jauh perjalanannyer

Di belakangnyer ialah Jamrah Kubra(largest jamrah), yang baju biru kat belakang nie jemaah dari indonesia yang bergerak dalam kumpulan tak leh berpecah. Kita kena kasi laluan kat mereka kalau mereka gerak dalm kumpulan
Melalui pedestrian, heading to kota Makkah. Ribuan manusia berjalan kaki, dan perjalanan ini terpaksa melalui beberapa terowong ( 3 terowong) sebelum sampai di Makkah. Perjalanan memakan masa dalam satu setengah jam ajer ( 1.5 hrs). Sampai ajer terus link to masjidil haram, masa tu tak dapat bayangkan akan tembus kat kawasan mana...Alhamdulilah...pabila terpandang masjidil haram yang kami tinggalkan selama 4 hari. Syukur ke hadrat Allah kerna memudahkan perjalanan kami dalam waktu yang singkat. Sampai di mekah kami teruskan melakukan tawaf dan saei, untuk melengkapkan ibadah haji.

Kontena dari dermawan untuk jemaah sepanjang jalan. Ianya terdiri dari minuman dan biskut2
Salah satu terowong yang kami lalui
Permandangan di jamrah di waktu malam, ketika kami pulang dari kota mekah


Bersedia untuk pergi melontar pada 13 Zulhijjah



Sempat snap lagi, nie dah siap melontar sempat posing lagi

Muassim yang membawa kami untuk setiap jadual yang di tetapkan.
Bangga tengok bendera Malaysia....

Ketika di khemah mina bersama SAHABAT TH, dah pack barang nak bertolak ke Makkah di waktu tengahari
Bersama faiza
List nama untuk khemah yang ditentukan oleh tabung haji. Disebabkan jadi geng SAHABAT TH, kami ditempatkan di khemah yang lain. So tempat nie me and my other fren takde kat khemah nie

No comments:

Post a Comment