About Me

Terima Jemputan



Kala dan ketika kami sedang membuat persiapan terakhir untuk barang barang yang belum dibeli di One Utama, lebih kurang dalam pukul 12.40 tengahari, tiba2 dapat call from Tabung Haji untuk memaklumkan tarikh penerbangan ke Madinah iaitu 29.10.2009@khamis pagi ( lebih kurang dalam kul 1.00 pagi. Kami memanjatkan kesyukuran dengan dilinangi airmata ketika mendapat panggilan ini. Syukur kepada Allah, kerana telah menjemput kami untuk mengempurnakan rukun Islam yang Kelima.

Tak dapat dibayangkan kegembiraan kami ketika itu dan diselangi dengan linangan air mata pabila teringat kat anak2 yang akan ditinggalkan buat sementara waktu.Moga Allah merahmati perjalanan pergi balik kami. InsyaAllah

Kegembiraan nie kami kongsi bersama keluarga dan teman2 yang saban hari bertanya khabar.
Aima doakan sahabat2 yang dikenali samada di alam cyber atau teman sekolah,kolej,pejabat akan menyusul untuk ke Tanah Suci....InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment