About Me

Sahabat

 Siti Maizatul atau Mai adalah sahabatku di zaman kolej. Kami bersama dari ITMCP hingga ke ITMCJ. Begitulah persahabatan yang telah dijalin, namun terpisah dek kekangan masa dan kesibukan memasing dalam mengejar karier setelah tamat pengajian. Yup most of them ada yang memang totally lost contact. Namun kami di ketemukan kembali melalui anak-anak kami. Berjumpanya dengan Mai , ini ketika kami sibuk shopping barang harian anakanak di satu pasaraya terkemuka di Pekan. Sekali tengok macam kenal so cuba serkap dengan menyebut nama..Alhamdulillah tekaanku tepat. Ini adalah sahabatku. Apalagi berlakulah drama kejap hahaha..
BTW gambar ini di ambil ketika kami menghadiri Hari Report Day untuk PT3 & SPM untuk anakku pt3 dan anak Mai SPM, di SBPI-Pekan.



Kini  silaturahim dapat di teruskan melalui anak-anak juga di kala siibu kehilangan number phone cari ajer anak untuk mendapatkan number phone, itulah yang di alami olehku. Moga silatuhrahim kita berkekalan.

Ini pula sahabat ketika daku pulang ke kg.halaman suami (KotaBharu). Che Na dan Che Dah adalah sahabat yang bermula di ITMCJ. Mereka adalah sahabat dari cawangan KotaBharu. Ketika zaman akak, kami hanya berada sehingga tahun dua sahaja dicawangan kami dan akan di pindahkan ke cawangan yang lebih besar contoh ITMCJ (Segamat). Disitulah permulaan persahabatan kami, tambahan pula dorm kami berdekatan sahaja, jadinya kami sering berkunjung ke bilik memasing untuk sembang sembang atau gossip... eh ya ka.. Che Na dan Che Dah masih setia di kampung halaman mereka, menjadikan akak akan sentiasa mengunjungi mereka sekiranya masa mengizinkan terutama ketika berada di bulan Syawal (Raya). Moga persahabatan kami till jannah.

No comments:

Post a Comment