About Me

Blueberry Pancake


Ini menu sarapan akak pagi ini, memandangkan dah lama tak buat pancake nie. Tambahan pulak terbeli blueberry kat giant Star Avenue 😀😀, ketika nak mencari buah strawberry dan kiwi untuk membuat tempahan fruit tarts.
Resepi nie tidak pernah mengecewakan kerana ianya lembut dan gebu. Akak kebiasaanya akan menggunakan resepi di bawah untuk membuat pancake. Dulu akak pernah membeli premix pancake yang dalam botol, dimana cuma perlu tambah air/fresh milk ajer, dengan mengikut sukatan  botol pancake tu.  Memang menjadilah, dah takpayah letak  apa--apa pun. Memang senang gitu, tapi agak membazir utk akak ler sebab, sekali makan satu keluarga dalam 3 orang ajer, since adunan tu kalau dah letak susu/air kena habiskan dalam masa 3 hari.  Tapi kalau keluarga ramai mungkin berbaloi satu kali / kali masak sure habis.  Ini dia premix yang akak dah cuba , mula-mula tu bolehlah habiskan, lama-lama bila dah bosan makan, jadi masak pun kena kurangkan... so jadilah membazir. So dengan menggunakan resepi dibawah adunannya pun sedikit dan sesuai sangat untuk sarapan  since kita makan pun takde la banyak. Unless kalau ramai doublekan resepi dibawah yer.💙🍕




image ehsan from google.
Resepi:

Pankek Sedap Gebu

Bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 cawan susu segar
  • 1 telur ayam
  • 1 sudu tea esen vanilla kalau suka
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan
  • sedikit garam


Caranya
  • Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
  • Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
  • Kemudian masukkan susu segar
  • Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan

Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.

No comments:

Post a Comment