About Me

Gimbab



Sekali sekala layan makan gimbab nie memang sedap dan kenyang. Nak buatnya pun senang asalkan bahan yang cukup tersedia memang cepat dan pantas untuk menyediakan. Sewaktu beras sumo berada dalam rice cooker tu bolehlah sediakan bahan bahannya seperti hirisan carron, goreng telur , potong japanese cucumber dan juga marinak teriyaki chicken/beef ikut selera kan.

Antara bahan yang di perlukan
1. Seeweed
2. Sumo rice @ berasnya kemetot dan gemuk berlainan dengan jenis beras utk makan nasi yer
3. Japanese cucumber
4.Telur yang di dadarkan
5. Hirisan memanjang carrot dan di ditaburi dengan sedikit garam garam. 
6.HIrisan daging /ayam yang diperap bersama kicap pekat, kicap masin, minyak bijan dan garam.


Cara

1. Masak beras sumo mengikut arahannya untuk 1 cawan - 2 cawan air,apabila nasi masak masukkan satu sudu besar ,minyak bijan ketika nasi masih panas dan gaul rata.

2.. Panaskan minyak bijan , pastikan carrot yang di taburi garam di buang airnya yang terhasil dari garam. Masukkan dalam kuali dan goreng untuk seketika sahaja lebih kurang 2 minit sahaja

3. panaskan minyak bijan dan goreng ayam/daging sehingga masak.
4. Goreng telur ala dadar , nipiskan  gorengan telur.
4. Susun atur bahan bahan yang telah masak seperti ayam/daging, carrot, telur dadar, japanese cucumber .
6. Letak beras sumo diatas seeweed dan susunatur bahan bahan mengikut selera masing-masing 
dan gulung dgn sushi/gimbab mat







No comments:

Post a Comment