About Me

Ayam goreng crispy


Ayam goreng crispy nie memang sedap dan senang untuk di buat kerana bahan-bahanya mudah di dapati di dapur kita. Sebelum nie akak tak pernah mencuba goreng menggunakan tepung sendiri, ialah samada goreng biasa yang mana ayam di lumuri dengan kunyit dan garam saja. Pernah juga mencuba tepung yang dibeli dalam kotak, tapi mungkin takde ilmu kut tu yang menjadikan tak puashati bila nak goreng ayam bersalutkan tepung. Alhamdulillah dah cuba dengan melihat youtuber-youtuber semua maka dapatlah menghasilkan ayam goreng mengikut seleraku dan keluarga. Resepi as below ya...


Bahan-bahannya

Nota: Anggaran ayam adalah untuk ukuran paha ayam yang sederhana saiz, sekiranya ayam besar doublekan adunan tepung.
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk lada
  • 1/3 cawan air  & sedikit ais



Cara-cara

  • Sediakan 2 bekas adunan 
  • Adunan di aduk rata kecuali air. Ambil lebih kurang satu sudu besar dan asingkan dalam bekas yang berlainan.
  • Bancuh aduna bersama air yang bercampur ais atau air dalam peti ais. Adunan mestikah tidak terlalu cair atau pekat.
  • Manakala adunan tepung yang kering akan di saluti dengan ayam dan tepung. Buat satu persatu.
  • Kemudian salut ayam  dengan aduanan tepung yang cair, dan diikuti dengan tepung yang kering.
  • Goreng dan nikmati ayam goreng yang super sedap




No comments:

Post a Comment