About Me

Kimchi Fried Rice

Inilah terhasilnya makanan tengahari akak pada 2 hari lepas. Sebabnya, nasi lebihan dah ada dalam peti ais, kimchi pun masih ada lagi, seaweed pun ada. Yang penting nie untuk akak ajer...
Cara nak buat pun simple

Bahan
Nasi 1 1/2 cawan
Kimchi 1/2 cawan
Gochujang 2 sudu besar
Bawang merah 2 ulas- di cincang halus
Bawang putih 2 ulas- di cincang halus
3 sudu besar minyak jagung/butter
Sedikit ikan bilis halus
Sedikit garam/gula

Caranya

1. Panaskan butter/minyak
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih
3. Masukkan gochujang setelah bawang naik bau.
4. Masukkan ikan bilis, gaul supay. a serata
5. Masukkan kimchi dan ikuti dengan nasi.
6. Goreng nasi dan gaul untuk serata.
7. Masukkan garam/gula
8. Siap  dan hidangkan dengan telur mata ( sekiranya inginkan kesedapan yang menyerlah)😋😊

No comments:

Post a Comment