Ini adalah xtvt hari kedua dekat Pattaya, yang mana salah satu tempat yang kami pergi ialah "Santuary of Truth" yang terletak di Naklua Road Pattaya. Basically , ianya sebuah temple yang dibina dan masih lagi dalam construction since 1981 and expected siap dalam tahun 2050 (sumber internet) fuhh lama juga. Pada dasarnya seni binanya agak halus, semuanya diperbuat daripada kayu. So untuk masuk kedalam, entrance fees ialah 500 Bhat , lebih kurang 62 RM untuk dewasa , manakala untuk kanak-kanak 50% diskaun. Untuk kakak dayana, size di ukur so kakak dapat rega kanak-kanak.ππ
Untuk masuk kedalam kitaorang diberi topi keselamatan, since construction masih lagi berterusan di sana. Tempat Sanctuary nie berdekatan sangat dengan laut, di pagari dengan dinding bata. So masa nak turun ke tempat nie, terpaksalah melalui tangga kayu yang agak curam, tapi jangan risau boleh berpegang dengan tali dikiri kanan tangga tu.
Lepas ronda-ronda kat Santuary we all ke Khao Pattaya (Pattaya viewpoint ) yang terletak di Pratumark Hill, untuk melihat scenery yang cantik di sana. Tempat viewpoint nie memang berdekatan dengan temple diorang, so masa kat sana we all boleh lihat masyarakat tempatan dan orang luar (foreingner) silih berganti di tempat ini, samada utk xtvt agama mereka atau untuk beriadah. Kami pun tak lama disini, lepas tengok view terus ajer turun.
Permandangan dikala siang hari , langit pun cerah.
Ini ketika berada di Jomtien Pattaya Beach pula, seperti Pattaya Beach, ianya dipenuhi oleh Mat Salleh semuanya.
Towards end of the day, we all mingle around the beach ajer, berjalan kaki sehingga ke walking street tu, menurut hubbyku...2km...π©πͺ , Yang akak kesian sikit kat kakak dayana yang kelihatan kepenatan skit...bertabahlah wahai anakku...
Tapi yang pasti pattaya nie susah skit nak cari makanan halal compared to Phuket or Chiang Mai. So untuk merasa makanan halal kena cari kedai Indian, on which yang ada signage Halal, tapi masakan mereka tidak ummphhh... boleh untuk makan tapi takde nak kata WOW......πππ
Jet Ski World Cup nie pula belum lagi bermula, kalau tak silap schedulenya dalam 7-8 Disember 2017. Tertera nama peserta dari Mesia, tapi tak snap plak.
Nie antara Supper yang we all ambil since day 1 to day 2, mango sticky rice dan kebab untuk Acik. This stall only jual these 2 items ajer dan ada signage HALAL.
No comments:
Post a Comment