Resepi ini telah dicuba sebanyak dua kali dan ternyata memang sedap dan senang di buat, dalam masa satu jam dah siap...termasuk goreng.
Pertama kali mencuba hanya menerai untuk setengah aduan ajer sebab cuak, selalu tak jadi kalau mencuba sesuatu dengan menggunakan yis...namun ternyata cuak ku menjadi kenyataan apabila doh naik cantik dan sedap...sejuk pun masih menten crunchynye...masa try makan sejuk skit sebab takde kat rumah, maid yang gorengkan..
Kali kedua masak dan goreng 10 biji habis...mintak digorengkan lagi 10 biji...wah macam goreng pisang panas lah plak. Terimakasih pada tuan rumah click sini kak azie, sepanjang mencuba resepinyer semuanya menjadi. Terimakasih atas perkongsian ilmu dan rujukan.
Doh selepas diterap dgn pelbagai size
Siap digoreng dengan pelbagai saiz
Sila jamu selera
Siap utk Frozen
Donut Gebu Gebana
Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.
No comments:
Post a Comment