Hari ini sudah 7 hari umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, teringat akan suasana ketika daku nak pulang dari jemaah Terawikh, kebiasaannya kami sekeluarga hanya berjalan kaki pergi dan balik untuk ke Surau Ar-Raudah .
Memandang kakak ada tuition dan selesai dalam lebih kurang 10.30 malam, hubby terpaksa pulang awal untuk ambik kakak di sekolah. Selesai ajer terawih, kebiasaanya ada Moreh yang infak oleh para jemaah-jemaah.
Memandangkan daku terasa masih lagi kenyang, lalu ambik keputusan nak balik dulu, sementara Amirul dan Aqif sibuk dok menjamu selera . Apabila dilihat daku nak balik, si Aqif sibuk bertanya" Ummi nak balik dah ker?, ummi nak balik dengan siapa, so daku menjawap..."balik sorang ajer jalan kaki"., memandangkan mereka nie meriah menjamu selera...nak tunggu kan lama lagi...so cepat-cepat si adik nie menyampuk...siapa nak hantar ummi?, daku tersenyum mendengar pertanyaan anakku - Dalam hati berdetik rasa bangga kerana ada keperihatinan dalam jiwa anak-anak untuk memastikan ibunya pulang dengan berteman, lantas abangnya volunter...takpa yoel antar ummi , nanti yoel datang balik surau tolong kemaskan apa yang patut...Alhamdulillah sejuk hati ku mendengar kata-kata dari anak ku...
Pengalaman nie membuatkan aku bersyukur pada Ilahi kerana dikurniakan dengan anak-anak yang mendengar kata dan taat kepada MU...Allahmdulillah...syukur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment