Monday, August 28, 2017

SEA Games Launching


Kuala Lumpur SEA games started from19th August till 30th August 2017. So sebagai rakyat Malaysia, kami tiga beranak nie turut sama turun ke stadium Bukit Jalil untuk memeriahkan suasana ajer. Ticket jangan cerita memang tak sempat nak beli online. Nak ke selected outlet pun takdan. Takpelah..since public transport is nearby to our place why not just go there and memeriahkan suasana ajer. Fuuhhh memang ramai gaban manusia hari tu. So ronda kat luar dan nonton di screen besar kat luar ajelah.  As at today..Malaysia dah pun mencapai sasaran 111 gold... yang di buat oleh rocket man kita Azizul Husni..tahniah utk Malaysia!!!

 Ini dekat official shop tapi dia tutup yer..masa launching malam tu. Ingatkan dapat beli souvenier ker apa...

 Udah sudah nengok bunga api..jom beli mini burger..namanya tokyo burger.. fulamak sedap plak tu. Tapi portionnya tak besar, cukup 3 suapan untuk sebiji mini burger.

 Looks at the beef...so juicy and delicious...πŸ˜‹

Nie dah tunggu tren MRT nak balik kwasa central.. bye

Friday, August 18, 2017

Daun Kari ku

Di suatu pagi yang hening ketika hujan baru saja berhenti, routine pagi siram pokok kat area dapur, tetiba nampak ulat nie yang sedang bergayut kat daun kariku. Eh comel gak ...cepat cepat masuk rumah..bukan apa nak gie ambil handphone untuk ambil gambar gitu. Boleh kan. hehehehe


Hah tu dia dah separuh 1/4 daun tu dia dah makan yer.. nie mesti dah bbrapa hari melekap kat daun tu.. abaikan jariku yang montok tu..


Lalu ku petik daun tu sehelai untuk selamatkan daun-daun yang lain.. 

Lensa Kamera


Abang yoel bawak camera gie school yer..ada project apa tuh. Masa nie yol form 3, so gebu. Yol tahun 2013 is the last batch for PMR. Jerawat pun takde lagi hahahaha. 




Siblings


Dah kenyang makan tengahari, siblings nie pun sibuklah berphoto , suka benar ambik gambar kat pokok nie , katanya klassik. 












Nasi Kukus

Actually piccas nie dah lama, it was taken in year 2014, hah tu dia lama sungguh terperap dalam laptop. So kita updates ajer untuk renungan-renungan. Masa ini akak  dah jadi full time housewife after 3 months tahun 2014 hehehe. So time cuti sekolah plak, so my first outing time orang lain kerja bawa anak-anak jalan. so pepagi lagi we all follow abahnya(my hubby) ke opis, tapi we all dah siap plan kat mana nak ronda apa nak makan , pukul berapa nak balik, tunggu kat mana and etc.

Tapi piccas nie amik time we all lunch nasi kukus hubby beli kat opis dia, claimed as nasi kukus ganja.. hahahaha.. apa lagi we all plak ok since bole try. So kat anak anak (boys) ku pesan sila beli dua bungkus yer.. nanti tak cukup. Makannya kat tasik Titiwangsa tu...hahahaha. Layan ajer gambar gambar nie.





Ha tudia..penuh meja

Wednesday, August 16, 2017

Acik & Abah

Ini antara koleksi gambar 2012 hingga 2014 yang dalam folder acik yet been published mana -mana. Gambar snap bila acik dengan abah..tak kira dimana -mana hahahaha... 


Best buddies during bola time, Manchester Fans.

Monday, August 14, 2017

Touch n Go

Minggu keempat july 2017 baru-baru ini, berkesempatan melawat anakanda di asrama dan outing untuk satu malam. Seronok dan gembira kerana dapat berjumpa selepas cuti aidil fitri baru-baru inie. So dapatlah keluar dan membeli barang-barang keperluan yang dah habis stok seperti sabun baju, pewangi baju, alatan tulis, makanan, seluar sukan ( tiap kali keluar mesti beli)-alasan koyak kat lutut. Apa-apalah anakku, janji permintaan ditunaikan.. So di kesempatan nie jugak acik sempat tunjuk kat pelajar yang baru, wah...menggunakan sistem touch n go gitu. Memang elok dan canggih. Senang skit ada kat pelajar. Katanya semua belanja kat kantin sekolah/koper
asi sekolah boleh menggunakan touch n go. Dah kira  cashless skrg nie. Cuma masaalahnya reload card center tak banyak di kuantan dan juga tiada di stesen petrol , signage ada tapi service not available. Macamana tu??? so hasrat nak reload tak dapat. Takpe acik nanti cuti balik KL abah reload k...





Grilled chicken with salad


Ini adalah antara simple lunch yang akak dan kakak dayana tengah in the mood of diet carbolah . Untuk lunch akak hanya grilled chicken 2 ketul (bahagian dada ayam), di nikmati bersama salad soo-un dan romaine salad. Alhamdulillah kenyang kami dua beranak. Menu nie memang simple but mengenyangkan.. Alhamdulillah.


Cucumber Pickles

Pada suatu hari tersangatlah rajin untuk membuat cucumber picles nie. Pickles nie enak kalau dimakan bersama nasi goreng ker, mee goreng atau pun ketika nak buat homemade burger sebagi filling dia dan juga sandwiches...ohmyyy, rasanya memang ummph..

Bahan yang di gunakan.

3/4 cup vinegar
1/4 water
1/2 sugar
Few slices of  Bombay onions
Fresh Dill Herbs

Cara: Boiled the vinegar, add the sugar  wait till sugar dissolved and you done. 
Tunggu hingga larutan vinegar tu sejuk barulah masukkan potongan cucumber tu dan juga fresh dill herbs.. kalau nak a bit spicy boleh letak cili. 



Egg muffin

Nie adalah antara menu sarapan yang agak ringkas untuk disediakan, selain ianya penuh dengan khasiat.

Antra bahan-bahan yang diperlukan
1. Sayuran seperti carrot, cauliflower, brocoli dan jagung.- Sayuran ini hendaklah dipotong kecil (agak agak) dan direbus dalam air terlebih dahulu dalam anggaran 5 minit sahaja.

2. Pecahkan 6 biji telur ayam, masukan garam, serbuk lada putih atau perisa. Kacau telur didalam mangkuk.

3.Campurkan sayuran yang direbus kedalam telur. Tuangkan adunan kedalam muffin tray atau muffin cup. Bakar dalam oven anggaran masa 10 minit sahaja. Siap untuk di makan.





Wednesday, August 9, 2017

Frenz

Alahai gambar lama bersama teman opis rasa tahun 2013 nie dikala petang sabtu, berkumpul di rumah akak ketika my previous beloved company buat dinner di Mines, kalau tak silaplah.  Almaklum kami nie walaupun lain taman tapi haluan masuk dari jalan utama adalah sama. So eloklah kita pergi sama-sama kan.  Untuk event nie kami berempat mak jemah nie kira carpool dengan mekli yang betudung kuning tu. As at now all my frenz in this picca dah pun retired young dan melalukan bisnes memasing except mekli si tudung kuning tu.. Fighting mekli...keja. keja...






Sunday, August 6, 2017

Lama Tak Mencoret.

Alahai lamanya tak update blog kesayanganku nie. Perasaan malas asyik melanda untuk menulis, walaupun macam banyak nak diceritkan atau update dalam column yang kecil nie.  Bila tengok gambar gambar lama tersenyum sendiri kerana dapat mengimbau gambar anak anak yang ketika dulu masih kecil dan sekarang mereka alhamdulillah telah membesar dan berada di alam remaja plak, Satu perubahan pembesaran anak-anak yamg mana kita akan missed all those moments time mereka kecil dahulu.

ok nanti update lagi..😁


Nasi Lemak



Menu sarapan di pagi minggu. Sediakan makanan berat skit, so boleh masak lunch lewat skit.

Menu

Nasi Lemak

1. 3 cawan beras yang di bersihkan dan tos
2.  1 kotak santan (220 ml)-kotak kecil.
3.  1inci halia.
4. Sedikit garam
4. 2 helai daun pandan

Cara
Setelah beras di bersihkan, masukkan 1 kotak santan dan sukat air tambahan (ikut ukuran memasak nasi), masukkan halia, daun pandan berserta garam di dalam rice-cooker.

Sambal Bilis