Wednesday, October 5, 2016

Banana Cake

Memandangkan stock pisang yang hampir masak ada dirumah, maka dengan gagahnya mencari resepi kek pisang yang ternyata sedap dan wangi. Actually nie first time mencuba kek pisang. Kek pisang nie memang kegemaran hubby. So kalu teringin nak makan selalunya beli yang dah siap kat Mymydin.  Kebetulan malam tadi inspired tengok one of the "Nyonya Cooking" youtube . Memang sedap dan semerbak sekali bau kek pisang nie.


Resepi : Kek Pisang
Source: Nyonya Cooking -You tube


Bahan-bahannya

150 gram self-raising flour
120 gram butter
90   gram castor sugar
2 eggs
2 bananas
pinch of salt


Mix butter & sugar altogether, once the sugar and butter well combined add the eggs. Stir with the mixer about 4 minutes and sift the flour into bowl, mix well and lastly add bananas and a pitch of salt.




Pancake Gebu

Alhamdulillah menjadi juga resepi pancake yang dicuba. Pernah cuba beberapa kali sebelum nie tetapi lupa nak masukkan dalam blog. So better update cepat cepat sebelum lupa ataupun mood malas datang menyapa lagi. Nie resepinya hasil gogel dari internet dan terima kasih pada empunya resepi nie. Senang cari penyediaanya dan bahan bahan yang diperlukan agak ringkas dan memang dah ada kat dapur. Untuk susu saya menggunakan susu segar saja, tidak substitue dengan bahan lain.

Dah dua kali mencuba dan ternyata lembut dan gebu. Anak daraku Dayana sarapan pagi pancake dipadankan dengan aiskrim lagie..Daebak!!!

Source: izzahdaut.blogspot.com

Resepi:

Pankek Sedap Gebu
Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar
1 telur ayam
1 sudu tea esen vanilla kalau suka
2 sudu besar butter yang dicairkan
sedikit garam

Caranya
Telur ayam dipukul sedikit dan dicampurkan dengan esen vanila.
Masukkan garam, gula pasir dan butter yang dicairkan tadi kedalam telur dan gaul dengan sebati.
Kemudian masukkan susu segar/ whipping cream.
Tepung gandum hendaklah dicampurkan dahulu dengan baking powder dan digaul sebati
Akhir sekali masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan dan di pukul sehingga tidak ada tepung yang berketul.
sekiranya ada tepung yang berketul hendaklah ditapis dahulu dan  mendapatkan hasil yang memuaskan
Rehatkan adunan tadi lebih kurang 15 minit hingga 30 minit.
ini adalah supaya mendapat hasil Pancake yang lembut dan gebu.






Cinnamon Bread

Semalam ada aura terlebih rajin sikit untuk mencuba beberapa resepi antaranya "Homemade Cinnamon Bread dan juga ""Pancake" yang teramat sedap dan gebu. Teringin membuatnya kerana tekak nie rasa nak makan roti tapi malas nak pergi kedai. Sekurangnya boleh di buat sarapan untuk esok harinya. Dalam kepala dah ada perancangan, so besok makan roti Titap lah yer . Resepi roti ini di ambil dari KENWOOD buku resepi.

Resepinya
CINNAMON BREAD- Makes a 750 g loaf

1.     320 ml water
2.      50 g butter
3.      50 g sugar
4.      1 tsp salt
5.      250 plain flour
6.      250 bread flour
7.      2 tbsp cinnamon powder
8.      2 tbsp milk powder
9.      1 1/2 tsp yeast
10.    150 g chopped walnuts
11.   180g raisins


Since I'm using Bread Maker, all these item disatukan dan terus diuli dan di bakar dalam bread maker, within  1 hour the bread is ready to be consume.. Wangian dari cinnamon membangkit selera untuk merasa keenakan rotinya.