Sunday, May 29, 2016

Ikan Patin Masak Tempoyak


Ikan Patin masak tempoyak nie merupakan masakan kegemaran suami dan anak anak. Lagi banyak kuah , lagi best dihirup oleh anak-anak. Cara memasak agak senang. Bak kata orang main campak ajer, tapi kenalah pastikan main ingredients tu ada. Ini adalah antara masakan yang ambe makan selepas khawin, Masa zaman remaja dolu-dolu, tidak pernah mencuba dan tak lalu di tekaknya. Rupanya sedap dan berlemak ikan nie. dulu hanya mengetahui ikan singgang ajer yang selalu menggunakan ikan tongkol atau ikan tenggiri@Aya.

Resepi

Ikan Patin seekor- di cuci dan di potong .
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci Lengkuas
2 inci kunyit hidup@ 1/2 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan tempoyak
5 biji cili kecil
Asam keping - 1@2
Daun kesum- jika ada
garam secukup rasa

Cara
1. Bawang merah, bawang putih dan cili kecil di mesin atau di tumbuk lumat.
2. Masukkan 3 cawan air kedalam periuk.
3. masukkan bawang merah, bawang putih,cili dan lengkuas ke dalam periuk
4. Apabila air menggelegak masukkan te5.
5. Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
6.Angkat dan hidang ketika nasi panas...








Berabuk

Bismillahhirahmanirahim..

Dah lama tidak menjenguk blog kesayanganku ini. entah mengapa kemalasan melanda untuk berkongsi cerita atau berkongsi hasil resepi dari menjenguh ke blog teman-teman. Walaupun tidak melakukan sebarang entry , tapi masih lagi berjalan ke blog as be as a silent reader saja, disamping mencuba mana-mana resepi yang berkenan. Yalah, memasak setiap hari dan yang mana rasa macam best ajer, gambar memang ambik, cuma malas nak update ajer. So layan tv ajer..tu yang jadi malas nak menulis nie.

Akan ku cuba untuk update atau share semampu dan seringkas yang mungkin. Insyaallah.
Layan gambar sekeping...