Thursday, May 7, 2015

Sushi Sempoi





Sebenarnya dah lama juga nak try buat sushi nie, bila scroll blog kawan-kawan ketika mencari resepi, Setelah diamati resepinya takdelah susah mana, cuma kena pastikan bahannyer cukup. Antara bahan yang di perlukan ialah:

1. Bamboo Mat- to roll sushi
2. Beras Sushi- Brand Sumo- ada jual di Jaya Grocer, bentuk beras dia gemuk dan pendek.
3. Seaweed
4. Kicap Sushi
5. Hotdog
6. Japanese cucumber
7.Crab filamen
8 Goreng telur-ala-ala telur dadar, letak garam ajer.

Cara -caranya
- Beras di rebus mengikut sukatan yang di berikan- 2 cawan beras bersamaan 4 cawan air.- Masak seperti biasa di rice cooker
- Rebus hotdog
- Slice japanese cucumber - buang pulur di tengahnya.
-Filamen Crab -potong 2-memanjang

Untuk Roll Sushi,
 Beras di gaulkan dengan sedikit kicap sushi dan digembur-gemburkan
Dengan beralaskan bamboo mat, letak seaweed dan letak beras sushi di atas seaweed,ratakan beras. Beras ini agak melekit, sebaiknyer gunakan plastik glove utk menempal beras tersebut .
Susun hotdog, japanese cucumber, crab filamen stick dan telur yang di potong memanjang.
Selepas itu gulung dengan menggunakan bamboo mat. Gulung ketat-ketat agar , sushi nie rapat dan kemas. Potong nipis -nipis menggunakan pisau tajam... cicah dengan kicap sushi... perrgh...sedap.

Dengan 2 cawan beras dapat menghasilkan lebih kurang 6 batang sushi... boleh simpan dalam peti ais kalau tak habis makan.

Akok

Salam Sejahtera dan selamat petang. Petang nie nak update resepi kuih akok, jumpa resepi di
FB tapi dah lupa ownernyer, mohon izin untuk share di blog untk rujukan masa depan. Ternyata first time try membuahkan hasil dan menjadi.  Suka sangat tambahan pula ianya tidak susah dari segi penyedian bahan dan juga untuk membakarnya. Boleh makan panas-panas lagi tu.


Resepi: Kuih Akok

2 biji telur
170 ml santan
60 ml air gula melaka (gula melaka dimasak dengan daun pandan)
15  gram tepung gandum
Secubit garam

Cara-caranya:
Didihkan gula melaka bersma air dan daun pandan- pastikan sukatan air gula melaka ialah 60 ml
Bancuh adunan telur, santan, tepung gandum , air gula melaka dan garam
Whisk atau blender saja. Saya Blender sahaja, jangan lama, sekejap sahaja.

Sapukan butter pada acuan muffin dan panaskan acuan muffin seketika(10 minit)- biar panas betul
Keluarkan acuan dan tuang adunan didalam bekas muffin.
Bakar pada suhun 180 selama 15 minit.

Resepi ini menghasilkan dalam 8 biji akok.

Cubalah.. dah cuba pasti nak cuba lagi.