Tuesday, January 28, 2014

Time Flies




Sambungan from last entry on moments captured during holiday break at Quantan. Time flies, kids growing up and become teenage...the way we handle them might change the way they were kids, anyway we love u kids... Yang kecik 11 years forever bongsu.....

Thursday, January 23, 2014

Salam Jumaat






Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari...moga hari ini memberi keberkatan dalam segala apa yang kita lakukan. Yang bekerja hari jumaat, looking forward untuk bercuti di hujung minggu. yang mana bercuti di hari jumaat, gunakan hari jumaat nie dengan cara yang mendatangkan faedah dan keberkatan..
Kadang-kala, weekend pun dah terasa pantas berlalu, sekejap ajer dah hari senin...nak kena pergi kerja...

Takpe takpe..moga hari jumaat ini kita menambahbaik ibadat, dengan membaca surah al Mulk...InsyaAllah

Wednesday, January 22, 2014

Teluk Cempedak,Kuantan


During Thaipusam holiday on 17/01/2014, we all bercuti ke hometown, since dah sebulan tak balik kuantan, selepas banjir besar yang melanda kuantan, termasuklah kampung halamanku...Syukur alhamdulillah, bantuan dari NGO dan juga kerajaan banyak jugak sampai di tempat bondaku...



 
Nie kaki-kaki yang berendam dan berseronok bermain air di pantai Teluk Cempedak


Aqif sedang membina kolam untuk ketam-ketam kecil yang ditangkap oleh siblingnya termasuklah abahnya yang bertungkus-lumus mencari anak-anak ketam atau pun kerang yang kecil,

Entah apa yang dibincang, anak beranak nie..
Nampaknyer mereka nampak sesuatu...





Aqif sibuk menjaga kolam dia nie...

 
"ummi tengok ketam nie comellah"...so cute betullah ketam kecik nie...
 


Sunday, January 19, 2014

Puding Caramel


 
During weekend, rajinkan diri untuk membuat puding caramel untuk sajian pencuci mulut , seawal pagi, selepas menyediakan sarapan, bergegas sediakan bahan yang diperlukan. Untuk membuatnyer adalah tidak susah., dan ianya merupakan kegemaran mr.hubby.
 
Bahan-bahan
6 biji telur
1cawan gula castor
1 tin susu IDEAL
Sedikit vanilla
 
Sos Caramel
1 cawan gula halus/kasar
1 cawan air panas
 
Cara-cara
 
Telur dipecahkan dan di kacau bersama gula, di kacau dalam satu putaran (jangan berbuih yer).Masukkan sedikit esen vanila.
Masukkan 1 tin susu IDEAL.
 
Panaskan kukusan, balut casserole dengan aluminium foil sebelum di kukuskan.
Dalam 20 minutes , karamel akan masak, boleh check dengan cake tester dan lihat samada dah masak semuanya atau tidak. Angkat dan sejukkan. Boleh sediakan sos karamel pulak.
 
Sos Caramel
Gula dimasak atas dapur dengan api yang sederhana kuatnyer, sambil itu kacau sehingga gula pasir keperangan.
Sambil itu masakkan air panas.
Selepas karamel dah hancur gulanyer dah keperangan, tuang air panas dalam anggaran satu cawan (ikut kesesuaian masing-masing) dan kacau...hati -hati panas sedikit ketika ini.
Curahkan sos caramel nie diatas puding dan sejukkan... taraa...siap...Sedap dimakan ketika sejuk.

Coke collection

This pictures was captured during our breakaway at Kuantan when we realised coke ada keluarkan collection baru with #tag macha, lenglui, forever, fuyoh etc.
It captured our eyes, and kids immediately took the phone, and my hubby re-arrange to make it as a sentences...whatever...it nice...


Wednesday, January 15, 2014

Donut



Resepi ini telah dicuba sebanyak dua kali dan ternyata memang sedap dan senang di buat, dalam masa satu jam dah siap...termasuk goreng.
Pertama kali mencuba hanya menerai untuk setengah aduan ajer sebab cuak, selalu tak jadi kalau mencuba sesuatu dengan menggunakan yis...namun ternyata cuak ku menjadi kenyataan apabila doh naik cantik dan sedap...sejuk pun masih menten crunchynye...masa try makan sejuk skit sebab takde kat rumah, maid yang gorengkan..

Kali kedua masak dan goreng 10 biji habis...mintak digorengkan lagi 10 biji...wah macam goreng pisang panas lah plak. Terimakasih pada tuan rumah click sini kak azie, sepanjang mencuba resepinyer semuanya menjadi. Terimakasih atas perkongsian ilmu dan rujukan.




 Doh selepas diterap dgn pelbagai size
Siap digoreng dengan pelbagai saiz
 Sila jamu selera
Siap utk Frozen


Donut Gebu Gebana

Bahan-bahan
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam.

Tuesday, January 7, 2014

Laksam

 
 
 
 
 
 
 
 


Assalamualaikum,

Ini merupakan percubaan pertama membuat laksam dengan menggunakan adunan sepeti dibawah. Menjadi...seronoknyer since it was my first time. Semua anak-anak menyukai laksam nie. Alhamdulillah kepada tuan punyer resepi kak azie at http://aziejaya.blogspot.com, mintak izin copy resepi laksam yer..untuk rujukan masa depan.
Utk kuahnyer kita omit dari guna halia dan serai. Manakala ulaman kita guna taugeh, timun, kacang panjang, daun kesum.
Manakala bahan samping disediakan untuk penyedap sediakan sedikit belacan,sedikit garam dan sedikit lada mesin (cili mesin) untuk sesuaikan rasa..

Ternyata licin sekali hadap, gembira...hubby cakap dah takyah beli kat luar, buat sendiri ajer...since nowday nak makan laksam kat kedai satu mangkuk dalam RM 4.50 gitu... wow...mahal kan...



Laksam dan Kuahnya (Lemak)

 
Oleh: Azie Kitchen

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Lihat lihat cara cara menyediakannya


 Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia - tak letak
2 btg serai - ketuk - tak letak
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Setangkai daun kesum- Ini tambahan
Garam
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Taugeh
 
Sampingan
Sedikit Belacan,
Sedikit Garam
Sedikit cili mesin
 

Monday, January 6, 2014

Cotton Japanese Cheesecake







Sudah 2 kali mencuba resepi ini, dan ternyata, memang sedap dan cepat habis...Terimakasih pada tuanpunyer blog kak azie yang terkenal dengan resepi-resepi yang terbaik dan sure jadi punyer. Dipaparkan resepi untuk rujukan masa hadapan.

Cotton Soft Japanese Cheesecake
Bahan-bahan

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:


140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

Thursday, January 2, 2014

Aksi-Aksi Bersama Cousin



 
 
 
 
 




Last year 2013, itself, telah meramaikan lagi umat Nabi Muhammad saw.. dimana kelahiran bayi-bayi comel especially disebelah hubbyku...Ini membuatkan anakku Achick tak henti -henti mintak nak adik...aduhai fening betul...alasan...ummi dah tak larat dah nak jaga baby nie...

Achick & PRS_Pembimbing Rakan Sebaya



 
 
Achick bersama cikgu Malik setelah dianugerahkan Sijil Perkhemahan untuk PRS SKSB... foto taken in 2012....he he baru nak update...

Sijil Pengajian Alquran





Salam, gambar-gambar graduation masa buat sijil pengajian Alquran di UM under Akademi Islam. Pengajian bermula bulan August 2010, dan alhamduillah completedin December 2012. Keseluruhannyer 5 semester. Kelas bermula pada pukul 9-00 pagi sehingga 11 pagi (2 jam seminggu). Pengajian satu modul adalah selama 4 minggu.  Antara ilmu yang dipelajari adalah, tajwid, bahasa arab, ulum alquran, hukum hakam (selected), sirah dan sebagainya.

Student ada option nak ambik peksa atau tidak...so we opt for ambik peksa at least ada buat ulangkaji . If not habis kelas, bukak buku on the next class plak..ha ha ha...

Apapun, belajar adalah untuk mencari ilmu dunia dan akhirat...Sekarang sedang InsyaAllah sedang menyambung pengajian dalam pengajian hadith plak...