Monday, August 27, 2012

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri pada semua kawan-kawan  samada yang dikenali secara langsung atau tidak langsung, rasanya belum terlewat untk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Syawal. Dan semestinya ibadat diteruskan dengan diikuti dengan puasa sunat 6 syawal, moga kita semua memperolehi keberkatanNya...Amin ya rabbi Alamin

Terawikh di Masjid Negeri Shah Alam

Minggu ke dua berpuasa, kami sekeluarga telah merancang untuk berbuka puasa di Masjid Negeri Shah , untuk sesama mengerjakan solat fardu Maghrib,dan terus berterawikh disan kami sampai dalam pukul 615 petang, kelihatan kereta telah sedia parking dan juga kelibat orang ramai....dalam hati...ram5ai juga yer...Lagipun we all memang dah expect ramai orang , memandangkan ianya hari Sabtu, lagi teruja apabila mendengar akan ramainya umat mengerjakan solat disini, mengimbas kembali kenangan di Tanah Suci ketika mengerjakan Haji & Umrah, dengan ribuan umat Islam menunaikan rukun Islam. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi akan keluasan masa untuk hambaMU hadir ke rumah mu.

Promosi pada anak-anak dah dibuat 4 hari yang lalu, untuk pastikan mereka selesa di sanan, kerana ketika waktu maghrib atau selepas berbuka puasa anak-anak merasa selesa dirumah dengan makan dan borak-borak sesama mereka, wahal disana mungkin berbeza sedikit dimana kita makan ala kadar dan terus untuk menunaikan solat maghrib. Alhamdulillah tiada rungutan kecuali...selepas solat tu..." ummi a       da makanan lagi tak"...itulah pertanyaan dari mereka. "Ya Ada, ummi bawa bekal spaghetti cabonara"...tersenyum mereka

Alhadulillah dapat menunaikan solat terawikh dengan para hafiz yang mengalunkan ayat -ayat Quran dengan merdu sekali..hinggakan ada ketika, airmata ini mengalir, menandakan Kebesaran Mu YaAllah...Ampunkan dosa-dosaku YaAllah.....

Friday, August 3, 2012

Sampaikan Ilmu Walau Sepotong Ayat

Hari ini sudah ke16 hari umat  hari umat islam berpuasa. Begitu pantas masa berlalu.Moga ibadah kita tidak berkurangan.Takwa dan beriman pada allah.
Sampaikan Walaupun Sepotong Ayat. Kita biasa mendengar kalimah tersebut dan mungkin masing-masing akan memahami dari perspektif yang berbeza. Begitu juga saya, kalimah ini mungkin bagi saya sesuai digunakan untuk guru-guru, ustaz-ustazah dan orang awam seperti saya tidak sesuai menggunakan kalimah ini.

Namun itu pespektif.yang salah, setiap kita mempunyai tugasan dan tanggungjawap dalam menyampaikan ilmu yang kita ada, walaupun sedikit berdasarkan kemahiran kita, mungkin tidak didalam bentuk ilmu hadis dan alquran tetapi ilmu yang kita perolehi dari pembacaan, pengamatan yang mana dapat diterjemahkan dalam bentuk nasihat dan panduan.pada diri kita, anak-anak, ibubapa dan keluarga.

Benarlah kata-kata ini - Sampaikan Walaupun Dengan Sepotong Ayat...Walahuallam