Thursday, July 26, 2012

Sejuk Hati Ibu....

Hari ini sudah 7 hari umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, teringat akan suasana ketika daku nak pulang dari jemaah Terawikh, kebiasaannya kami sekeluarga hanya berjalan kaki pergi dan balik untuk ke Surau Ar-Raudah . 

Memandang kakak ada tuition dan selesai dalam lebih kurang 10.30 malam, hubby terpaksa pulang awal untuk ambik kakak di sekolah. Selesai ajer terawih, kebiasaanya ada Moreh yang infak oleh para jemaah-jemaah.
Memandangkan daku terasa masih lagi kenyang, lalu ambik keputusan nak balik dulu, sementara Amirul dan Aqif sibuk dok menjamu selera . Apabila dilihat daku nak balik, si Aqif sibuk bertanya" Ummi nak balik dah ker?, ummi nak balik dengan siapa, so daku menjawap..."balik sorang ajer jalan kaki"., memandangkan mereka nie meriah menjamu selera...nak tunggu kan lama lagi...so cepat-cepat si adik nie menyampuk...siapa nak hantar ummi?, daku  tersenyum mendengar pertanyaan anakku - Dalam hati berdetik rasa bangga kerana ada keperihatinan dalam jiwa anak-anak untuk memastikan ibunya pulang dengan berteman, lantas abangnya volunter...takpa yoel antar ummi , nanti yoel datang balik surau tolong kemaskan apa yang patut...Alhamdulillah sejuk hati ku mendengar kata-kata dari anak ku...

Pengalaman nie membuatkan aku bersyukur pada Ilahi kerana dikurniakan dengan anak-anak yang mendengar kata dan taat kepada MU...Allahmdulillah...syukur

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Pertama

Alhamdulillah....hari ini merupakan hari kedua di bulan ramadan. dimana semua umat islam sedang mengerjakan ibadat berpuasa. Bangun sahur bersama anak anak  suami, berlaukan rendang ayam,telur dadar goreng dan  milo panas..

alhamdulillah anak anak pun senang bangun ketika dikejutkan dari tidur. Moga semangat nie berterusan sehingga akhir ramadan.Selesai bersahur, bergegas utk ke surau utk solat subuh berjemaah.

Memandang kami terlupa dengan persiapan raya untuk anak-anak, di gagahi juga di pagi sabtu ini untuk ke One Utama untuk membeli pakaian baru, walaupun baju-baju yang dikira baru masih banyak ...orang kata ambik syarat, kanak-kanak kena berpakain baharu, selepas mengerjakan ibadat berpuasa ini. Aduhai sampai dirumah dalam kul 2 petang, terasa penat yang amat sangat dengan  pening kepala yang berdenyut-denyut. Masuk rumah terus booom tertidur kat sofa Zzzzzz...Tup-tup dah pukul 3 petang , bangun utk solat zohor...kepala masih lagi berdenyut, so apa lagi after solat tido lagi until asar. Since maid tak balik bercuti minggu nie, so makanan berbuka maid yang settlekan. Mihun goreng, Ayam masak merah dan sayur campur.

Me and hubby berbuka di surau Al- Raudah untuk mengerjakan solat jemaah maghrib. Selepas solat maghribb pulang untuk berbuka apa yang ada, sebab kenyang ler dah makan kurma 3 biji dan segelas air kiwi. Alhamdulilah...

Bergegas pula untuk bersihkan diri untuk persiapan solat terawikh, takzirah dan doa tahlil. Selesai solat pihak surau menyediakan moreh, satay, mihun goreng dan mee goreng.


Monday, July 16, 2012

Salam Ramadan-1433 H

Salam Ramadan, yang bakal menjengah kita dalam beberapa hari lagi...
Terasa akan kenikmatan menunggu bulan yang penuh dengan barakah. Dikala ini kupohon dengan Yang Maha Esa, agar ibadah kami sekeluarga akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Pelbagai rancangan telah tersemat di minda agar, ibadah yang sebaik mungkin dapat dilaksanakan...berikan daku kekuatan dalam menjalani ibadah ramadan dengan diiringan keberkatan rezeki dariMU.