Sunday, November 25, 2012

Ronda-Ronda KLCC

Wah agak lama tidak meng updatekan blog, lantaran kesibukan yang amat samada di sibuk kat opis atau ada kemalasan sikit dan mengadap blog...tapi ronda-ronda rumah teman-teman rajin, nak edit gambar dan nak menulis tu yang malas ada skit ...ok nie gambar ronda-ronda anak-anak kat KLCC masa antar mummy gie kerja hari ahad pagi, lantaran ada kerja yang perlu dilangsaikan, so while waiting kids spend their valuable time at KLCCwith my hubby...






Monday, October 1, 2012

Disebalik Tabir

 Tu dia Pokwad dah tukar uniform tema nampaknya...mesti pokwad nak supervise anakanak buah ajer, peace tapi sempat pegang besen lagi tuh...



Amirul bersama sepupunya yang lahir beza 2 jam saja...Amirul kul 10.40  malam pada 12/3 , cousinnya kul 12.40 tengah mlm, maka jadi 13/3 gitu rasanya

Nie merangkap majlis bandaran, pastikan tiada, longkang tersumbat dan mengalihkan pasir atau apa yang patut..

Friday, September 28, 2012

Tenaga Kerja


Muka -muka pekerja yang bekerja keras sewaktu kenduri pak saudara mereka- jojet, mereka-mereka ini dikerahkan tugasan untuk mencuci pinggan mangkuk sewaktu kenduri di ketua oleh Pok Wad mereka sebagai ketua. Di bahagikan kepada dua shift, for every 2 hours, tukar man power...pak wod, takde shift.

Kids Bersama Zarfan

 Pok Wad bersama Zarfan dan anak saudara.
Kenapa semua tunjuk lima jari nie kurang pasti. Yang pasti mereka seronok dengan kehadiran zarfan.

Tuesday, September 4, 2012

Sketsa Di Malam Raya & Pagi Syawal


Mercun @ bunga api tetap menjadi kawan untuk kanak-kanak dalam meraikan kegembiraan menyambut syawal bagi kanak-kanak. Walaupun hanya berbunga api, masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing, yang mana dipantau oleh pak saudara mereka...

Ini pula telatah , anak-anak dikala berbaris untuk memohon maaf sesama kami dipagi yang mulia ini..

Monday, August 27, 2012

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri pada semua kawan-kawan  samada yang dikenali secara langsung atau tidak langsung, rasanya belum terlewat untk mengucapkan Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Syawal. Dan semestinya ibadat diteruskan dengan diikuti dengan puasa sunat 6 syawal, moga kita semua memperolehi keberkatanNya...Amin ya rabbi Alamin

Terawikh di Masjid Negeri Shah Alam

Minggu ke dua berpuasa, kami sekeluarga telah merancang untuk berbuka puasa di Masjid Negeri Shah , untuk sesama mengerjakan solat fardu Maghrib,dan terus berterawikh disan kami sampai dalam pukul 615 petang, kelihatan kereta telah sedia parking dan juga kelibat orang ramai....dalam hati...ram5ai juga yer...Lagipun we all memang dah expect ramai orang , memandangkan ianya hari Sabtu, lagi teruja apabila mendengar akan ramainya umat mengerjakan solat disini, mengimbas kembali kenangan di Tanah Suci ketika mengerjakan Haji & Umrah, dengan ribuan umat Islam menunaikan rukun Islam. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi akan keluasan masa untuk hambaMU hadir ke rumah mu.

Promosi pada anak-anak dah dibuat 4 hari yang lalu, untuk pastikan mereka selesa di sanan, kerana ketika waktu maghrib atau selepas berbuka puasa anak-anak merasa selesa dirumah dengan makan dan borak-borak sesama mereka, wahal disana mungkin berbeza sedikit dimana kita makan ala kadar dan terus untuk menunaikan solat maghrib. Alhamdulillah tiada rungutan kecuali...selepas solat tu..." ummi a       da makanan lagi tak"...itulah pertanyaan dari mereka. "Ya Ada, ummi bawa bekal spaghetti cabonara"...tersenyum mereka

Alhadulillah dapat menunaikan solat terawikh dengan para hafiz yang mengalunkan ayat -ayat Quran dengan merdu sekali..hinggakan ada ketika, airmata ini mengalir, menandakan Kebesaran Mu YaAllah...Ampunkan dosa-dosaku YaAllah.....

Friday, August 3, 2012

Sampaikan Ilmu Walau Sepotong Ayat

Hari ini sudah ke16 hari umat  hari umat islam berpuasa. Begitu pantas masa berlalu.Moga ibadah kita tidak berkurangan.Takwa dan beriman pada allah.
Sampaikan Walaupun Sepotong Ayat. Kita biasa mendengar kalimah tersebut dan mungkin masing-masing akan memahami dari perspektif yang berbeza. Begitu juga saya, kalimah ini mungkin bagi saya sesuai digunakan untuk guru-guru, ustaz-ustazah dan orang awam seperti saya tidak sesuai menggunakan kalimah ini.

Namun itu pespektif.yang salah, setiap kita mempunyai tugasan dan tanggungjawap dalam menyampaikan ilmu yang kita ada, walaupun sedikit berdasarkan kemahiran kita, mungkin tidak didalam bentuk ilmu hadis dan alquran tetapi ilmu yang kita perolehi dari pembacaan, pengamatan yang mana dapat diterjemahkan dalam bentuk nasihat dan panduan.pada diri kita, anak-anak, ibubapa dan keluarga.

Benarlah kata-kata ini - Sampaikan Walaupun Dengan Sepotong Ayat...Walahuallam



Thursday, July 26, 2012

Sejuk Hati Ibu....

Hari ini sudah 7 hari umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, teringat akan suasana ketika daku nak pulang dari jemaah Terawikh, kebiasaannya kami sekeluarga hanya berjalan kaki pergi dan balik untuk ke Surau Ar-Raudah . 

Memandang kakak ada tuition dan selesai dalam lebih kurang 10.30 malam, hubby terpaksa pulang awal untuk ambik kakak di sekolah. Selesai ajer terawih, kebiasaanya ada Moreh yang infak oleh para jemaah-jemaah.
Memandangkan daku terasa masih lagi kenyang, lalu ambik keputusan nak balik dulu, sementara Amirul dan Aqif sibuk dok menjamu selera . Apabila dilihat daku nak balik, si Aqif sibuk bertanya" Ummi nak balik dah ker?, ummi nak balik dengan siapa, so daku menjawap..."balik sorang ajer jalan kaki"., memandangkan mereka nie meriah menjamu selera...nak tunggu kan lama lagi...so cepat-cepat si adik nie menyampuk...siapa nak hantar ummi?, daku  tersenyum mendengar pertanyaan anakku - Dalam hati berdetik rasa bangga kerana ada keperihatinan dalam jiwa anak-anak untuk memastikan ibunya pulang dengan berteman, lantas abangnya volunter...takpa yoel antar ummi , nanti yoel datang balik surau tolong kemaskan apa yang patut...Alhamdulillah sejuk hati ku mendengar kata-kata dari anak ku...

Pengalaman nie membuatkan aku bersyukur pada Ilahi kerana dikurniakan dengan anak-anak yang mendengar kata dan taat kepada MU...Allahmdulillah...syukur

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Pertama

Alhamdulillah....hari ini merupakan hari kedua di bulan ramadan. dimana semua umat islam sedang mengerjakan ibadat berpuasa. Bangun sahur bersama anak anak  suami, berlaukan rendang ayam,telur dadar goreng dan  milo panas..

alhamdulillah anak anak pun senang bangun ketika dikejutkan dari tidur. Moga semangat nie berterusan sehingga akhir ramadan.Selesai bersahur, bergegas utk ke surau utk solat subuh berjemaah.

Memandang kami terlupa dengan persiapan raya untuk anak-anak, di gagahi juga di pagi sabtu ini untuk ke One Utama untuk membeli pakaian baru, walaupun baju-baju yang dikira baru masih banyak ...orang kata ambik syarat, kanak-kanak kena berpakain baharu, selepas mengerjakan ibadat berpuasa ini. Aduhai sampai dirumah dalam kul 2 petang, terasa penat yang amat sangat dengan  pening kepala yang berdenyut-denyut. Masuk rumah terus booom tertidur kat sofa Zzzzzz...Tup-tup dah pukul 3 petang , bangun utk solat zohor...kepala masih lagi berdenyut, so apa lagi after solat tido lagi until asar. Since maid tak balik bercuti minggu nie, so makanan berbuka maid yang settlekan. Mihun goreng, Ayam masak merah dan sayur campur.

Me and hubby berbuka di surau Al- Raudah untuk mengerjakan solat jemaah maghrib. Selepas solat maghribb pulang untuk berbuka apa yang ada, sebab kenyang ler dah makan kurma 3 biji dan segelas air kiwi. Alhamdulilah...

Bergegas pula untuk bersihkan diri untuk persiapan solat terawikh, takzirah dan doa tahlil. Selesai solat pihak surau menyediakan moreh, satay, mihun goreng dan mee goreng.


Monday, July 16, 2012

Salam Ramadan-1433 H

Salam Ramadan, yang bakal menjengah kita dalam beberapa hari lagi...
Terasa akan kenikmatan menunggu bulan yang penuh dengan barakah. Dikala ini kupohon dengan Yang Maha Esa, agar ibadah kami sekeluarga akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Pelbagai rancangan telah tersemat di minda agar, ibadah yang sebaik mungkin dapat dilaksanakan...berikan daku kekuatan dalam menjalani ibadah ramadan dengan diiringan keberkatan rezeki dariMU.

Saturday, June 16, 2012

Tomyam Seaboat

Alhamdulilah, Allah memberi ilham padaku untuk menyediakan makan tengahari dengan tomyam seafood  ala-ala steamboat gitu. Memadangkan ianya cuti weekend dan kebetulan maid ku bercuti, eloklah masak tomyam seafood ni. Ianya ringkas bagi diriku kerna, perlukan tomyam soup, yang mana the rest of isi nya akan dicampak dalam periuk steamboatku. Terasa fresh isinya disebabkan we all letak untuk beberapa minit dan angkat pabila dirasa isinya dah masak...walla semua anak-anakku menyukainyer...



Inilah periuk steamboat soupku...yang jarang di gunakan...so kena kerapkan penggunaanya...dah berkira-kira kalau makan untuk berbuka puasa nie pun mesti sedap dan ringkas.

Menanti dengan sabar...kejap yer mummy nak snap gambar nie.

Wednesday, June 13, 2012

Penghujung Cerita..

Masih lagi di sambungan siri yang lepas, part jalan-jalan belum habis...tapi nak habis dah nie.  Family park only..so nak berdua-duan (couple) takleh ler
Abang Yoel, posing plak since dia asyik ambik gambar we all semua
Nie jalan-jalan menghala ke arah shopping mall, nak shopping barang skit sebelum jumpa bro petang nanti..
Berada di Pearl of Qatar, abang yoel towards end day, macam nak demam plak mungkin sebab penat berjalan kut. Me & hubby dah biasa jalan so lupa plak bawak bebudak yang tak biasa doing the walking...sorry umi luper
Diringkaskan, nie dah berada di Qatar airport sementara untuk ke Bahrain, sebelum menyambung destinati ke Kuala Lumpur
Nie kepenatan dan mengantuk gamaknya
Alhamdulillah selamat sampai di Kuala Lumpur.

Tuesday, June 5, 2012

Cornice Street

Lokasi di cornice street, kami menyusuri jalan yang mana permandangan agak cantik,
With kids, kat sini ajer gambar bukan main snap ajer...nie baru permulaan...since we walk along the cornice


Road-cross signboard, cute kan??
Kebetulan masa we all kat Doha nie, sempena hari national day, so disini ada pameran kereta-kereta yang classic, this one of the display car...actuall they have alot...cant remember all...

Tuesday, May 22, 2012

ATV di Padang Pasir

Wah bersedia dengan ATV memasing, this is one of the outdoor activites planned by bro shah while we was at Doha, so each of anak-anak dapat sebiji sorang, bukan main gembira walaupun nie adalah first time experience with ATV, selama nie tengok kat TV ajer.. Lebih kurang 4 family yang join this trip. Mengikut citer bro, memang menjadi kebiasaan diorang apabila tetamu dari mesia, diaorng akat bawak ke tempat nie...so called berkelah ler..
Nie barisa-barisan motor yang telah dibookan oleh bapa/suami2 sekelian.
Menunggu dengan sabar untuk memulakan journey....
Daku bersuami suami...best tu, tapi tak naik ler pasir yang tinggi mengunung tu...jalan datar dan berliku-liku ajer..
Alamak merah tangan tu sebab dok pegang handle,
Abang yoel dan Haziq

Nie tempat we all makan tengahari@brunch, masing -masing bawak bekalan memasing ...wow seronok ....

Sunday, May 20, 2012

Rejab Datang Lagi


Rejab datang lagi, besok bersamaan 22 hb May 2012, calendar umat islam akan menunjukkan 1 rejab, 1433 H dan kita akan mendalami erti rejab itu dan amalan-amalan yang dituntut antaranya ialah berpuasa.

Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Ini adalah antara info yang dapat dicatat dari blog http://dakwah.org/blog

Thursday, May 17, 2012

Villaggio


Nie so called shopping complex cum tempat riadah, memang cantik tempatnya,yang menariknya bumbungnya penuh dengan lakaran awan, seems macam siang ajer...tup-tup bila kuar dah gelap/malam. memang cantik ler tempat nie

Sambil makan kat foodcourt nie, ada tempat main ice-skating , so cuci mata sambil menunggu makan.So we order fast-food ajer as usual mcdonald/hardess
Nie tempat ala-ala genting highland.indoor games
kakak pun tumpang sama -main, tapi masam ajer muka bila disuruh...mungkin segan terasa diri dah dewasa...takpe kakak sporting
Takleh bawak keta Porsche, gambar kat sebelah dah kira oklah nie...
Hah...jalan terus akan jumpa segala handbag-handbag yang berjenama...akak singgah jenguk ajer...not at this moment..he he he...
So cool , cantik sungguh de scenery nie...